Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Bab 7 Meditasi Kaedah Meditasi Quan Yin“Jalan kami bukanlah agama. Saya tidak mengubah sesiapa pun kepada Katolikisme, agama Buddha atau sebarang ‘isme’ yang lain. Saya hanya menawarkan kepada kamu cara mengenali Dirimu, mendapat tahu kamu datang dari mana, ingat akan misimu di Bumi sini, menemui rahsia alam semesta, memahami sebabnya terdapat begitu banyak kesengsaraan dan apa yang menanti kita selepas mati. Setiap hari kamu akan lihat segala-galanya sama seperti kamu lihat saya sekarang. Saya tidak minta kamu percayai saya tetapi minta kamu sendiri mengalaminya setiap hari.Kaedah ini ditransmisikan tanpa kata-kata. Jika kita gunakan bahasa untuk menjadi bermakrifat, kita masih di alam intelektual dan minda akan bergelut. Semua ini sangat meletihkan. Jadi saya tidak mengajar kamu jenis kaedah gelut minda kerana saya rasa kita sudah cukup letih akibat bekerja setiap hari, bergelut dengan masalah, jadi tidak perlu pulang ke rumah, duduk bersila dan bergelut lagi!Barangkali kamu pernah dengar terdapat kaedah-kaedah berlainan yang membawa kepada makrifat dan memang terdapat beberapanya. Namun begitu, hanya terdapat satu saja yang dapat bawa makrifat tertinggi kepada kamu. Kamu boleh ikut jalan yang berlainan pada mulanya tetapi kamu akan perlu ikut yang ini untuk sampai ke puncak. Jalan ini mestilah termasuk tafakur pada Cahaya (Syurga) dalaman dan Getaran dalaman yang Bible panggil sebagai Bunyi.Tidak tahukah kamu bahawa kamu ialah rumah ibadat Tuhan dan Roh Tuhan tinggal di dalam dirimu? (1 Orang Corinth 3:16)Jadi kita berhubung dengan Roh yang merupakan jelmaan Cahaya dan Getaran Tuhan ini. Dengan berbuat demikian, kita mengenali Tuhan.Sebenarnya, ini tidak benar-benar suatu kaedah. Ini kuasa Guru. Jika kita milikinya, maka kita dapat mentransmisikannya. Kaedah ini ialah kaedah transendental yang tidak dapat digambarkan dengan bahasa kita. Meskipun seseorang gambarkan kepada kamu, kamu tidak akan menerima Cahaya (Syurga dalaman) dan Getaran, ketenangan dan kebijaksanaan dalaman. Segalanya ditransmisikan secara senyap dan kamu akan nampak Guru lama kamu seperti Nabi Isa atau Buddha. Kamu akan terima segalanya yg kamu perlukan utk ikut jejak langkah Mereka. Sedikit demi sedikit kamu akan menjadi seperti Nabi Isa dan bersatu dengan Tuhan.Bab 7 Meditasi ‘Bunyi’, Getaran DalamanTerdapat dua jenis bunyi: bunyi duniawi dan Bunyi supraduniawi. Bunyi duniawi sangat penting kepada keselesaan sensual dan mental kita tetapi Bunyi supraduniawi menarik kita kembali kepada Tuhan.Muzik Syurga yang dikatakan dalam semua kitab Suci agama-agama yang berlainan seperti ‘Bunyi’ dalam agama Kristian, ‘Shabd’ dalam agama Hindu, ‘Muzik Syurga’ dalam Chuang-tzu, ‘Tao’ dalam Tao Te Ching dan lain-lain ialah satu-satunya ajaran sebenar terus dari Kerajaan Tuhan. Ia merupakan bahasa kasih sayang universal dan kecerdasan besar. Semua ajaran datang daripada Bunyi Senyap, semua bahasa datang daripada bahasa universal ini. Sebab itulah pengamal peringkat tinggi di jalan ini menuturkan semua bahasa di alam Roh. Itu peringkat Guru, Orang yang telah menguasai bahasa Kerajaan Tuhan. Kita semua miliki kebijaksanaan ini, kebijaksanaan untuk memahami segalanya di atas dunia bayang ini, menjadi mahawujud dan berfungsi sebagai orang yang paling sempurna di alam semesta, hanya jika kita ingin ingat semula siapa kita sebenarnya.Bunyi atau Getaran Tuhan ini disebut dalam semua agama. Kami panggilnya Yin, orang lain panggilnya muzik firdausi, Logos, Tao dan lain-lain. Ia bergetar di dalam semua hidupan dan menampung seluruh alam semesta. Melodi dalaman ini dapat sembuhkan segala luka, memenuhi segala keinginan dan hilangkan dahaga duniawi. Ia amat berkuasa dan pengasih. Oleh sebab kita dicipta daripada Bunyi (Syurga dalaman) ini, hubungan dengannya bawa ketenangan dan kepuasan kepada hati kita.Selepas mendengar Bunyi (Syurga dalaman) ini, seluruh diri kita berubah, seluruh pandangan hidup kita banyak berubah menjadi yang terbaik. Getaran yang menakjubkan ini akan bersihkan semua kesan ‘dosa asal’ yang tidak diingini atau apa yang orang lain panggil ‘karma’. Ia seperti sungai besar yang bawa bersama semua sampah buruk dengan arusnya. Bunyi (Syurga dalaman) ini ialah kuasa cipta besar kosmos. Ia menampung dan menyuburkan semua benda. Jelmaannya di dunia luar dapat didengari dalam melodi semula jadi angin, air, orang-burung dan lain-lain yang merupakan jelmaan yang lebih rendah. Namun begitu, terdapat bunyi yang lebih halus dan lebih tinggi yang tidak dapat didengari dengan telinga fizikal kita kerana ia bergetar pada kadar yang lebih tinggi daripada dunia material kita.Jalan ke alam yang lebih tinggi ini adalah dengan Bunyi (Syurga dalaman) itu sendiri yang kita ikut untuk kembali ke sumber asalnya. Bagi mendengar bunyi yang lebih tinggi dan melihat dunia yang lebih tinggi, kita mesti buka dan kembangkan deria yang lebih tinggi. Bagi melakukan ini, kita perlukan seorang pembimbing, Guru Jalan yang seperti pemandu pelancong yang tahu ada apa di depan. Kitab agama hanya gambarkan alam-alam ini, sama seperti peta tanah. Bagi benar-benar mengetahui tanah, kita perlu sendiri pergi ke sana. Apabila kita ada pembimbing, maka lebih cepat dan selamat bagi kita.‘Saya Datang untuk Membawa Anda Pulang’ boleh dimuat turun secara percuma di SMCHBooks.com dan telah diterbitkan dalam bahasa Arab, Âu Lạc (Vietnam), Bulgaria, Cina, Czech, Inggeris, Perancis, Jerman, Greek, Hungary, Indonesia, Itali, Korea, Parsi, Poland, Romania, Rusia, Sepanyol, Turki dll.