Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Meditation: From “I Have Come to Take You Home” by Supreme Master Ching Hai (vegan), Part 1 of 2

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Meditasi Mengapa kita harus bermeditasi?

“Mengapa kita harus bermeditasi? Untuk menenangkan fikiran bagi menerima ajaran dari Syurga, dari Kerajaan Tuhan atau alam yang lebih tinggi. Kita sentiasa berdoa dan meminta, “Tolong berikan kebijaksanaan kpd aku. Tolong berikan itu kpd aku,” kemudian apabila Tuhan ingin berfirman, Dia tidak berpeluang lagi kerana kita sibuk sepanjang masa. Kita bercakap, meminta dan tidak dengar. Adakah kamu faham? Jadi meditasi ialah waktu mendengar. Sama seperti apabila kamu tanya saya soalan, kamu perlu berdiam untuk seketika, senyap, maka saya berpeluang untuk beritahu kamu apa yg ingin saya beritahu atau apa yang perlu kamu tahu. Jadi meditasi adalah macam ini. Duduk diam-diam dan menerima mesej. Jika tidak, Tuhan ingin beritahu kamu sejuta perkara tetapi kamu tiada masa untuk dengarnya. Kamu terlalu sibuk bercakap, berdoa, bernyanyi, bersujud dan mengira tasbih. Boleh melakukan ini juga. Saya tidak maksudkan ini tidak baik tetapi kita mesti berdiam untuk seketika masa supaya Tuhan berpeluang untuk berkomunikasi.

Semua orang sudah tahu cara bermeditasi tetapi kamu bermeditasi pada benda yang tidak betul. Sesetengah orang bermeditasi pada gadis cantik, sesetengah orang bermeditasi pada wang, pada perniagaan. Setiap kali kamu beri perhatian penuh dengan tumpuan sepenuh dan sepenuh hati kepada satu perkara, itu meditasi. Sekarang saya hanya beri perhatian kepada Kuasa dalaman, kepada belas kasihan, kpd kasih sayang, kepada sifat belas kasihan Tuhan. Itu meditasi saya. Untuk berbuat demikian secara rasmi, kita harus duduk di satu sudut yang senyap dan bersendirian. Itu proses meditasi. Tetapi bukanlah dengan duduk diam-diam di satu sudut, seseorang mendapat sesuatu. Kamu perlu berhubung dengan Kuasa dalaman itu dulu dan bermeditasi dengan gunakan Kuasa dalaman itu. Ini dipanggil Diri menjadi sedar. Kita mesti menyedarkan Diri sebenar di dalam dan biarkan Dia bermeditasi, bukan otak manusia dan pemahaman manusia kita. Jika tidak, kamu akan duduk, memikirkan seribu perkara dan tidak akan dapat menahan keghairahanmu. Tetapi apabila Dirimu, Diri dalaman sebenar menjadi sedar, kuasa Tuhan di dalam dirimu akan mengawal segala-galanya. Kamu mengetahui meditasi sebenar hanya selepas kamu disedarkan oleh transmisi oleh Guru sebenar. Jika tidak, hanya membuang masa saja bergelut dengan badan dan minda kamu.”

Maksud Sebenar Meditasi

“Sekarang, bukanlah kita mesti duduk di sana dan memikirkan Tuhan sepanjang masa. Kita perlu bergabung dengan Tuhan, bersatu dengan Tuhan dan sentiasa berada dalam kesedaran-Nya. Itu maksud Kerajaan Tuhan. Jika kamu pergi ke gereja sekali-sekala, pada hari Ahad, itu juga suatu cara untuk mencari Kerajaan Tuhan tetapi barangkali bukan cara yg begitu berhasil kerana Nabi Isa berkata kepada kita bahawa Kerajaan Tuhan tidak datang melalui pemerhatian tetapi ia ada di dalam diri kita. Jika begitu, apa yang harus kita buat? Kita tetap mesti bermeditasi walaupun ada dikatakan bahawa Kerajaan Tuhan tidak datang melalui pemerhatian, bermakna bukan melalui meditasi pun tetapi ia buat kita lebih menyedarinya. Kerajaan Tuhan tidak dibuat dengan meditasi tetapi dengan bermeditasi kita menjadi sedar akan Kerajaan kita yang sudah wujud di dalam diri kita.

Meditasi kami, kami percaya, ialah rancangan asal daripada Tuhan, bahawa kita harus berhubung dengan kuasa Tuhan dan Bunyi Tuhan. Dalam Bible, ada dikatakan, Pada mulanya terdapat Bunyi, dan Bunyi bersama Tuhan, dan Bunyi ialah Tuhan. (John 1:1)

Jadi kita bermeditasi pada Bunyi, iaitu Getaran di dalam, Bunyi yang menunjukkan frekuensi, Kuasa Tuhan, kerana kita ialah rumah ibadat Tuhan dan Tuhan berfirman kepada kita dengan cara sebegini. Dia muncul kepada kita dalam bentuk Cahaya (Syurga dalaman) dan berfirman kepada kita dalam bentuk Bunyi (Syurga dalaman). Dengan lihat Cahaya ( (Syurga dalaman), kita lihat banyak perkara yang lain. Dengan dengar Bunyi, kita dengar banyak perkara yang lain. Kita dengar ajaran secara langsung daripada Tuhan. Jadi ini apa yang kita tafakurkan. Tetapi semasa kita ada guru spiritual yang berkuasa, kamu boleh berdoa kepada Dia dlm hati jika kamu alami kesusahan dalam meditasi, atau jika kamu terlalu jauh dari Tuhan, maka mungkin kamu perlukan perantara. Jadi kamu masih lemah sikit seperti bayi yang memerlukan ibu bapa memegang dia supaya dia dapat berjalan tetapi kemudiannya kamu berjalan sendirian. Kamu mesti tahu bahawa matlamatmu adalah berjalan sendirian, membesar dan tidak bergantung pada ibu bapa selama-lamanya.”

Bagaimana Bermeditasi?

“Hanya alihkan perhatianmu ke tempat yang seharusnya, (kpd Tuhan dan bukan wang atau benda lain. Kamu sudah pun berkeupayaan untuk bermeditasi. Jika tidak, kamu tidak dapat jalankan perniagaan atau menjaga anak, jika kamu tidak mempunyai perhatian. Jadi hanya alihkannya kepada Kerajaan Tuhan. Kami akan mengajar kamu dengan lebih tepat lepas ini, cuma prosedur sebelum dan selepasnya mengambil masa untuk dijelaskan. Ini adalah supaya kamu boleh tahu apa menanti kamu dalam perjalanan ke Syurga di peringkat-peringkat kesedaran yang berlainan. Oleh itu, ini mengambil sedikit masa. Jika tidak, kamu akan tutup mata saja dan menjadi bermakrifat dengan serta-merta. […]

“Ia akan datang secara natural selepas beramal untuk seketika masa. Ia akan menjadi senang. Kamu tidak akan tahu pun bila kamu berfikir atau tidak berfikir. Kamu hanya duduk di sana dan ia berlaku. Cahaya (Syurga dalaman) akan datang, Bunyi (Syurga dalaman) akan datang dan kamu akan tidak menyedari segala-galanya. Pada bila-bila kamu ingin keluar daripadanya, kamu akan menyedari segala-galanya semula. Okey? Sangat senang.”
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android