Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Sebenarnya Siapa Boleh Ditebus? Bahagian 10 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Saya perlu bergelut setiap hari untuk mengingatkan diri bahawa saya di sini hanya untuk makhluk yang menderita, tak kira sama ada saya tahu itu ilusi atau tidak. (Ya. Terima kasih, Guru.) Saya tutup – saya tutup sesetengah pintu, saya tutup sesetengah pengetahuan, saya tutup sesetengah pemahaman yang dalam supaya saya boleh terus menjadi seperti manusia.

( Guru berada di peringkat spiritual yang begitu tinggi, di luar pemahaman kami. Pasti sangat sukar bagi Guru berada di sini dan berfungsi di dunia fizikal ini. Bagaimanakah keadaannya sekarang bagi Guru hidup di dunia fizikal ini? Bagaimana Guru dapat berada di sini? )

Seperti yang saya dah kata tadi, saya bergelut juga tapi saya perlu mengatasinya. Jika tidak, saya takkan berfungsi. Tapi adalah sukar juga bagi saya berfungsi kadangkala. Seperti tangan saya memegang benda, saya dah kata, asyik jatuh, (Ya.) seolah-olah tenaga saya berbeza dengan tangan saya. (Wau!) Tapi saya perlu tutup sesetengah pintu untuk terus hidup di sini. Saya perlu bertumpu pada manusia, pada penderitaan haiwan, segalanya yang menyakitkan dan menyedihkan bagi makhluk di sini untuk mengidentifikasikan diri saya dengan mereka dan tak lupa untuk bantu mereka. (Ya, Guru.) Jika saya bertumpu pada sebelah lain, semua ini ialah ilusi, kerana saya tahu dengan jelas sekali, seperti kita lihat cermin, mengetahui itu muka kita. Itu bukan muka kita. (Ya, Guru.) Sama seperti kita lihat cermin, ia kelihatan macam kita. (Ya.) Tapi kita tahu itu hanyalah pantulan, cermin. (Ya.) Sebaik saja kita berjalan pergi dari situ, tiada apa-apa pun di dalam cermin lagi. Sama macam itu bagi situasi orang bermakrifat. Kita tahu segalanya ialah ilusi tapi kita perlu berada di sini untuk bantu kerana itu tujuan kita di sini. Itu sebabnya kita turun ke sini. (Ya. Terima kasih, Guru.) Saya perlu bergelut setiap hari untuk mengingatkan diri bahawa saya di sini hanya untuk makhluk yang menderita, tak kira sama ada saya tahu itu ilusi atau tidak. (Ya. Terima kasih, Guru.) Saya tutup – saya tutup sesetengah pintu, saya tutup sesetengah pengetahuan, saya tutup sesetengah pemahaman yang dalam supaya saya boleh terus menjadi seperti manusia. (Terima kasih, Guru.) Sama-sama.

( Itu soalan terakhir, Guru. ) Bagus. Kerana kamu begitu senyap, saya rasa tiada lagi. Ada soalan tambahan lagi? Lepas saya dah jawab, ada apa-apa yang tak jelas? Kamu boleh tanya soalan tambahan.

( Guru, apabila kami keluar dan berhubung dengan orang lain, kami harus balik dan mengasingkan diri, tapi itu termasuk anak murid lain juga, kan? ) Ya! Semua orang, bukan kamu saja. (Ya.) Adakah kamu rasa saya beritahu semua itu untuk kakitangan di pejabat saja? ( Kerana sesetengah anak murid rasa tak apa berjumpa dengan anak murid lain. )

Saya tak tahu bagaimana mereka berfungsi di luar tapi saya telah kata dengan jelas: tiada meditasi berkumpulan. (Betul, ya.) Ini bermakna tak berjumpa dengan anak murid lain. (Ya, Guru.) Tapi jika mereka nak menjalani kehidupan dengan cara yg mereka mahu, saya tiada kuasa untuk melarang sesiapa membuat apa yg mereka mahu dlm kehidupan mereka. (Ya, Guru.) Saya hanya membimbing mereka. Tapi sangat sukar bagi mereka juga tak berjumpa dengan sesiapa pun. (Ya, Guru.) Itu sifat manusia. Mereka suka berkumpul. Mereka suka berjumpa dgn orang lain. Mereka suka berborak dan sebagainya. Saya hanya boleh geleng kepala dan berfikir, “Mengapa mereka mahukan semua itu? Mengapa mereka perlu berborak dengan orang lain tanpa tujuan, bercakap tentang perkara yg bukan-bukan dan tak benar-benar penting?” Atau, “Mengapa mereka perlukan orang lain menemani mereka?” Atau, “Lagi banyak orang lagi meriah.” Saya tak faham semua itu, tapi tak apa. Itu kehidupan mereka. Mereka tak boleh mengasingkan diri dari masyarakat sepenuhnya, seperti saya. Kerana ini tabiat mereka. Mereka suka ada kawan. Mereka suka ada teman. Mereka rasa sunyi jika berseorangan. (Ya, Guru.)

Jadi saya beritahu mereka berulang kali dengan semua persidangan ini supaya mereka lebih berjaga-jaga. Kurang berhubung, lebih baik. (Ya, Guru.) Tapi saya tak boleh melarang orang. (Ya, Guru. Faham.) Terutamanya di sesetengah negara di mana mereka mengumumkan sudah selamat. Cantohnya, Âu Lạc (Vietnam) mengumumkan tiada jangkitan COVID-19 lagi beberapa minggu, beberapa bulan yang lalu. Saya tak pasti macam mana sekarang tetapi kadangkala wabak kembali. Sudah ada gelombang kedua atau ketiga di sesetengah negara. Jadi kita tak dapat cukup berhati-hati. (Ya, Guru.) Sebab itulah saya bazirkan semua masa suluk saya, adakan semua persidangan ini, berharap kamu mengambil peduli atau sekurangnya sangat berhati-hati, melindungi diri. Yang selebihnya, terpulang kpd kamu. Saya bukan kerajaan atau presiden. Saya tak boleh gubal undang-undang untuk melarang orang. (Ya, Guru.) Anak-anak murid ini, mungkin mereka percaya anak murid lain tidak sakit. Mereka saling merindui, jadi perlu saling berjumpa, jadi mereka mengambil risiko. (Ya, Guru.) Apa yang saya nak buat? Apa yang kamu nak saya buat? Mengunci rumah mereka? Buang kuncinya ke dalam laut?

Orang tak tahu macam mana rupanya berseorangan. Mereka tak faham kegembiraannya. Kebanyakan orang tidak. Sebab itulah mereka berkahwin. Walaupun muram, mereka tinggal bersama. Sebab itulah mereka beranak. Walaupun perlu bekerja keras sekali, mereka suka. Mereka suka bersama dlm kumpulan, sekurangnya dua orang, suami dan isteri, teman lelaki dan teman wanita. Manusia suka akannya. Mungkin disebabkan oleh kenangan terhadap Syurga. Di Syurga, orang tiada pengasingan sesama mereka. (Faham.) Meskipun mereka tak bersama, mereka sentiasa saling mengetahui. Mereka sentiasa rasa dekat atas sesuatu sebab. Jika mereka nak saling melawat, hanya berfikir saja, mereka sudah berada di sana. Di Syurga, mereka tiada, maaf, aktiviti seks untuk mengandungkan anak melalui hubungan kelamin manusia. Jadi mereka mengangkat. Biasanya mereka mengangkat dari peringkat yang lebih rendah. Mereka bawa mereka ke peringkat yang lebih tinggi di atas. (Ya, Guru.) Mereka bertumpu dan menghantar pancaran tenaga pemurah dan meningkatkan kepada orang pilihan mereka. Jika orang itu juga ingin diangkat oleh mereka. Orang itu perlu melalui sistem pembersihan dulu, kemudian dgn pancaran cahaya mereka, menaik ke atas. Kemudian mereka akan cuba mengelilingi orang itu untuk masa yang panjang, berikan lebih banyak tenaga yang lebih tinggi kepada mereka. Sama seperti sini, ada transfusi darah. (Ya, Guru.) Atau mungkin derma organ. Di atas sana, mereka berikan tenaga. Kemudian mereka akan mengangkat orang itu ke dalam keluarga mereka. (Wau!)

Buddha dan Sonto lain pada zaman dahulu, ketika Buddha masih hidup, Dia ceritakan banyak kisah tentang itu. Itu sewaktu mereka pemurah, bermoral tinggi atau mulia, maka mereka dilahirkan di Syurga tinggi untuk menjadikan populasi Syurga bertambah. Itu apa yang Mereka kata. Sama juga dengan sistem angkat ini. Jika kita tak dapat sendiri menaik ke atas sana tetapi seseorang mengangkat kita, maka kita boleh menaik ke atas juga.

Sama juga di sini. Jika kita tak boleh memohon untuk pergi ke Amerika tetapi kita pada umur boleh diangkat dan seseorang di Amerika mengangkat kita, kita boleh pergi ke sana dan hidup seperti orang Amerika. (Ya, Guru.) Misalnya macam itu. Kamu tahu, kan? (Ya, Guru.) Jika kita nak menjadi warga Amerika dan ada kad hijau, maka kita boleh pergi juga. Atau jika kita layak untuk membuat pekerjaan yang ada permintaan yg tinggi, maka kita boleh memohon juga. Jika kita tiada rekod jenayah, atau segalanya baik, tiada hutang, tiada masalah masa sekali, maka kita juga boleh memohon untuk menjadi warga Amerika atau mungkin warga Eropah, cantohnya, mana-mana saja. (Ya, Guru.) Atau kita bayar banyak wang atau berniaga di sesebuah negara atau beli rumah besar, hartanah besar, maka kita juga boleh pergi tinggal di sana, perlahan-lahan menjadi warganya. Hampir sama, tapi berbeza.

Baiklah. Kamu puas dengan jawapan saya? (Ya, sangat puas, Guru. Terima kasih.) Ada apa-apa yang tak jelas? (Segalanya jelas.) Segalanya jelas? (Ya, segalanya jelas.) (Ya, Guru.) Tiada soalan lagi? (Tiada soalan lagi, Guru.) Bagus. Maka saya perlu berhenti sekarang untuk buat kerja rumah saya untuk Supreme Master TV. Agaknya saya akan ambil masa sepanjang malam tapi saya mesti bermeditasi juga. Ya, saya mesti. Jika tidak, segalanya akan menjadi lebih kucar-kacir. Sekurang-kurangnya saya dapat bernafas. (Ya, Guru.) Kerana begitu banyak karma, bukan sahaja daripada anak murid tetapi juga daripada seluruh dunia. (Ya, Guru.) Kerana kita ada Supreme Master TV yang disiarkan di merata tempat. (Ya.) Jadi karma mereka akan dikurangkan. Mungkin mereka akan menjadi sedar dan ada standard moral yang lebih tinggi, jadi lebih senang untuk saya bantu mereka. (Ya, Guru.)

Baiklah. Tangan saya dah menjadi kejang juga, memegang telefon sepanjang masa ini. (Ya Tuhan!) (Terima kasih, Guru.) Baiklah, sayang. Jumpa lagi. (Terima kasih, Guru.) (Terima kasih atas masa Guru dan segala pengorbanan Guru.) Tiada masalah. Saya bersukarela. Semoga Tuhan melindungi kamu. Semoga kamu rasai kasih sayang Tuhan. Semoga kamu sentiasa rasai berkat Syurga (Terima kasih, Guru.) terutamanya pada waktu tenaga rendah. (Terima kasih, Guru.) Atau sewaktu kamu rasa diganggu oleh tenaga buruk yang kuat di dunia. (Terima kasih, Guru.) Semoga kamu berdoa kepada Tuhan dan semoga kamu rasai berkat dan perlindungan. (Terima kasih, Guru.) Baiklah. Mungkin saya berbual dengan kamu lain kali. (Okey. Terima kasih, Guru. Jumpa lagi, Guru.) (Kami kasihi Guru.) Semoga dikasihi, diberkati, ceria, sihat dan segalanya baik untuk kamu. Jumpa lagi! (Terima kasih.) Jumpa lagi. (Segalanya baik untuk Guru.) Jumpa lagi.

Pada hari seterusnya, 30 Julai 2020, Guru Tersayang kita berbual lagi dengan beberapa orang anggota pasukan Supreme Master Television dalam panggilan telefon susulan. Macam ini, kadangkala disebabkan oleh kerja, kita ada masalah, atau cara membuat kerja yang berbeza sikit. Disebabkan oleh kerja. (Ya.) Tapi bukan kerana saya tak suka kamu. (Ya, Guru.) Saya memang hargai kamu semua, lelaki, wanita, tua dan muda, kerana beberapa orang datang tapi tak tahan. (Ya, Guru.) Ya, kadangkala disebabkan terlalu banyak kerja dan tekanan dunia pada saya... (Ya.) Bayangkan, seperti kita menyelam ke dlm laut. (Ya.) Jika di dasar lautan, dengan oksigen pun, kita rasa sangat tertekan disebabkan oleh kuasa besar air di sekeliling kita. (Ya, Guru.) Bayangkan itu. Itu perasaan Gurumu. Selalunya. Saya perlu benar-benar kuat supaya tidak hancur.

Jika kamu tanya makhluk Syurga, jika kebetulan kamu nampak mereka dan tanya sama ada mereka nak datang ke sini atau tidak, selama beberapa hari saja utk seronok-seronok, mereka akan geleng kepala. (Ya.) Mereka tak suka akannya. Mereka menganggap dunia kita sebagai tangki najis. (Ya.) Apa yang kita makan di sini, sangat enak pun dan kita rasa menakjubkan dan sebagainya, bagi mereka ia seperti sampah. Mereka rasa kita makan sampah. Mengapa kita makan ini, makan itu? Jadi mereka tak suka dunia kita sama sekali. (Ya, Guru.) Sama juga dengan Guru. Mereka perlu benar-benar lupakan Syurga untuk berada di Bumi. Mereka perlu benar-benar lupakan status Mereka untuk menjadi manusia. Jadi banyak tekanan. (Ya, Guru. Faham, Guru.)

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (10/11)
1
2020-08-26
42902 Tontonan
2
2020-08-27
16632 Tontonan
3
2020-08-28
14631 Tontonan
4
2020-08-29
14859 Tontonan
5
2020-08-30
13957 Tontonan
6
2020-08-31
19559 Tontonan
7
2020-09-01
12131 Tontonan
8
2020-09-02
12676 Tontonan
9
2020-09-03
14602 Tontonan
10
2020-09-04
11571 Tontonan
11
2020-09-05
11403 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android