Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Sebenarnya Siapa Boleh Ditebus? Bahagian 9 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Apabila kamu menaik ke Alam Spiritual Baru, kamu takkan memikirkan apa-apa pun. Kamu akan terlalu sibuk menikmati, mencipta. Hanya kehidupan yang gembira. Tiada apa-apa yang ganggu kamu, tiada satu perkataan kesedihan atau kesakitan pun dalam kamus.

( Apabila roh pergi ke Alam Spiritual yang baru dicipta oleh Guru, akankah terdapat ingatan yang tertinggal tentang hayat silam di Bumi? Jika mereka lihat masih ada penderitaan di Bumi, mungkinkah hanya dengan satu hasrat saja, mereka turun ke sini semula? Mungkin untuk menyokong misi Guru jika Guru masih di Bumi sini? ) Mereka takkan ingat apa-apa tentang hayat silam di Bumi. Saya akan beritahu kamu mengapa. Kerana dunia ini dan semua alam sehingga ke Alam Kesepuluh ialah ilusi. Ia seperti kamu menyaksikan filem dan kamu tekan satu butang, segalanya dipadamkan. Jika mahu, kamu boleh lihat, seperti orang melihat kristal. Tetapi orang di atas sana tak dapat menghubungi dunia ini pun. Niro, anjing saya meninggal baru-baru ini. (Ya.) Saya begitu banyak menangis. Saya sangat rinduinya kerana saya nak peluknya sekurang-kurangnya. Saya rasa begitu kesal kerana saya pergi ke tempat lain untuk bersuluk supaya lebih tenang dan senyap. Kemudian ia meninggal sendirian macam itu dan saya tak dapat memaafkan diri. (Ya, Guru.) Walaupun saya perlu buat apa yang perlu saya buat, saya tahu segalanya ialah ilusi, namun saya sangat sayanginya. Kerana ia sangat sayangi saya, begitulah. Ini suatu cerminan. (Ya.) Saya tak sayangi mereka sebanyak mereka sayangi saya. Dan tiada orang di planet ini sayangi saya sebanyak anjing saya. Sebab itulah saya sayangi mereka. Kasih sayang mereka murni sepenuhnya, tanpa syarat. Mereka boleh mati untuk saya pada bila-bila saja. Mereka sayangi saya siang dan malam, setiap hari, setiap minit dalam sehari. Tak mahukan apa-apa pun kecuali menyayangi saya. Meskipun saya tak jumpa dgn mereka, mereka terus menyayangi saya, memahami saya dan menunggu hari mereka dapat jumpa dengan saya. Mereka tak fikirkan apa-apa yang lain, tak mahukan apa-apa yang lain. Bukan di dunia ini, bukan Syurga, apa-apa pun. Mereka tak pedulikan Syurga pun. Anjing saya pergi ke Alam Spiritual Baru. Oleh sebab saya sangat rinduinya, saya begitu banyak menangis, malah sewaktu bersuluk. Jadi pada hari kedua ia meninggalkan badannya, ia turun balik ke peringkat yang lebih rendah. Ia minta kebenaran untuk turun ke peringkat yang lebih rendah bagi hantar mesej ringkas kepada saya. Sebelumnya, ia tak dapat masuk semula. Jika kita turun terlalu rendah, kita tak dapat menaik ke atas semula. Jadi ia hantar mesej kepada saya. Ia kata, “Kasih sayang daripada Niro.” (Oh!) Itu saja, hanya, “Kasih sayang daripada Niro.” Tiga perkataan saja. Itu saja yang dia boleh, kemudian ‘zooop’! Mereka tariknya ke atas semula. Mereka tolaknya ke atas semula. Jika kamu nak kembali ke dunia ini, ada syaratnya, dah tentu. Kamu akan menderita, sama seperti Nabi Isa atau Guru-guru lain yang dikuliti hidup-hidup, dijerut, ditanam hidup-hidup dan sebagainya. Kamu akan begitu. Mereka takkan memaafkan kamu. Lebih baik kamu tak kembali ke sini. Saya beritahu semua anjing dan orang saya di atas sana, “Berada di atas sana.” Saya tak benarkan sesiapa pun turun ke sini.

Apabila kamu menaik ke atas sana, kamu tak ingat apa-apa pun tentang sini lagi. (Ya, Guru.) Kerana bagi kamu, terlalu jelas bahawa ini ialah ilusi saja! Bagi saya, saya bersusah-susah setiap hari untuk melupakan pengetahuan bahawa dunia ini ialah ilusi saja. Ia hanyalah bayang apa yang benar. Ia hanyalah ilusi sebenar. Kadangkala saya kata, “Mengapa saya bekerja begitu keras macam ini hanya untuk ilusi?” Kerana saya tak nak. Cuma... Saya tak tahu macam mana jelaskannya. Saya boleh pergi dari sini. (Ya, Guru.) Kerana segalanya ialah ilusi saja. Tapi saya tak dapat lupa bahawa saya juga menderita sebelumnya. Saya dibuat menderita supaya saya faham bahawa di dunia ilusi ini, orang menderita, haiwan menderita, semua makhluk boleh menderita seperti sesuatu yang benar. Penderitaan adalah benar. (Ya, Guru.) Jadi saya cuba tak lupakan ingatan tentang segala penderitaan saya, hayat silam, hayat sekarang untuk teruskan kerja saya bagi membantu makhluk lain. (Ya, Guru. Terima kasih, Guru.) Sangat sukar bagi saya. Kadangkala saya bersusah-susah. Saya bersusah-susah untuk tak lupakan segala ingatan tentang penderitaan ini supaya saya dapat faham bahawa saya perlu terus bekerja. Saya lupakan pemahaman bahawa dunia ini ialah ilusi saja. Segalanya ialah ilusi saja. (Ya, Guru.)

Apabila kamu menaik ke Alam Spiritual Baru, kamu takkan memikirkan apa-apa pun. Kamu akan terlalu sibuk menikmati, mencipta. Hanya kehidupan yang gembira. Tiada apa-apa yang ganggu kamu, tiada satu perkataan kesedihan atau kesakitan pun dalam kamus. (Wau!) Kamu tak bercakap pun. Kamu tahu akan segala-galanya dan sentiasa gembira. Tiada apa-apa yang buat kamu ingat akan dunia di bawah sini. Dan dengan segala kebijaksanaanmu di atas sana, kamu tahu sini ialah ilusi saja. Tiada apa-apa pun. Seperti ruang kosong di sini. (Ya, Guru.) Dan seperti pertunjukan boneka. (Ya, Guru. Wau!) Mana boleh kamu duduk di teater pertunjukan boneka dan ingin terus berada di sana atau menyelamatkan boneka? Dah tentu tidak. Orang yang sudah berada di Alam Spiritual Baru takkan berfikir nak kembali ke dunia ini. Ini sangat jarang kecuali bagi Guru yang berperingkat tinggi, berbelas kasihan sepenuhnya dan juga sangat berkuasa. Jika tidak, kebanyakan roh biasa takkan berfikir nak kembali ke sini kerana tiada orang yang ingin kembali ke tangki najis selepas mereka sudah boleh keluar darinya. Itu satu contoh. Satu lagi contoh adalah sama seperti jika kita pergi menyaksikan filem di pawagam, sementara menyaksikannya, kita boleh menangis, ketawa atau marah dengan sesetengah watak di dalamnya. Segala emosi atau tumpuan kita tertumpu pd filem, seolah-olah ia benar, berlaku dengan kita di dalamnya. Tetapi selepas kita dah menyaksikan filem, lampu dibuka dan filem dah tamat, kita akan tahu! Meskipun beberapa saat yang lalu atau beberapa minit yang lalu, kita masih marah, menghentakkan kaki, malah mungkin menjerit disebabkan oleh sesetengah babak filem yang membangkitkan emosi dan reaksi kita. Tapi selepas filem dah ditutup, kita balik ke rumah. Kita tahu itu filem saja, tak kira apa pun, meskipun kita begitu asyik dengannya sementara menyaksikannya. Tetapi apabila filem dah tamat, kita balik ke rumah atau tutup komputer jika kita saksikannya di sana. Atau jika kita saksikannya pada skrin TV, kita tutup dan tahu itu suatu drama saja. Kita takkan berkeras nak duduk di tempat duduk kita di pawagan dan cuba memikirkan cara menyelamatkan watak dalam filem. Jadi macam itulah. Jadi hanya Santo dan Guru yang berperingkat tinggi benar-benar berkorban, turun ke dunia ini untuk bantu makhluk macam itu. (Ya, Guru.) Baiklah.

( Guru, apakah perbezaan antara kelahiran semula yang dikawal oleh hukum karma Dewa Besar Peringkat Ketiga dan mesin kawal? ) Mesin kawal bukanlah dari Peringkat Ketiga. Dewa Peringkat Ketiga mencipta dunia fizikal ini. (Ya, Guru.) Jadi dia ingin memilikinya. Dia tak mahu mana-mana roh meninggalkannya. Sebab itulah mereka berlawan dengan saya. Mereka malah minta maaf daripada saya, “Kami tak nak menghalang engkau, tak nak menyusahkan engkau, tapi kami terpaksa. Lihatlah Alam Bayang kita, engkau bawa semua roh ke atas, kemudian apa yang kami nak buat?” Benar. Mereka beritahu saya itu dengan penuh rasa hormat. Saya kata, “Engkau perlu. Segalanya ialah ilusi saja dan engkau buat semua makhluk menderita untuk segala ilusi yang engkau cipta. Aku tak nak membenarkan itu lagi. Engkau perlu pergi bersama aku, menaik ke Alam Spiritual Baru atau tak memudaratkan makhluk lagi. Maka aku akan biarkan kau memerintah. Mana-mana roh yang masih nak berada di sini bersama engkau, aku akan biarkan mereka. Tapi mana-mana roh yang nak balik ke Rumah atau pergi ke Alam Baru aku untuk menikmatinya selama-lamanya, engkau perlu biarkan mereka pergi.” Saya kata, “Aku tak paksa sesiapa pun. Segalanya ialah kemahuan bebas.” “Jika mereka berdoa kepada aku, aku bantu mereka. Itu saja. Jika mereka nak berada di sini, aku biarkan mereka. Cuma engkau buat mereka terlalu banyak menderita dengan begitu tak adil, banyak kali, secara berulangan. Engkau, dewa-dewi alam yang lebih randah dan orang bawahanmu wujudkan begitu banyak kesusahan, perangkap, banyak penipuan supaya roh terperangkap di dalam badan, berbuat salah. Kemudian engkau menghukum mereka dan mereka tak boleh pergi ke mana pun, kemudian berulang-alik lagi, dari hayat ini ke hayat seterusnya dan selama-lamanya berkitar dalam penderitaan. Itu aku tak tahan!” Saya beritahu mereka itu.

Mesin itu adalah berbeza. Itu dicipta dari planet lain, (Ya.) dari planet yang berteknologi jauh lebih tinggi daripada kita. Mereka membuang sesiapa saja yang mereka tak suka ke planet kita. (Ya.) Mereka mencipta semua mesin kawal itu supaya roh-roh ini, orang-orang ini tak dapat balik ke rumah kerana mereka menganggap mereka sebagai pembuat kacau. Orang-orang ini mungkin lebih cerdik atau lebih bersifat revolusioner, (Ya.) jadi mereka tak suka. Mereka mahukan segalanya seperti hitam putih. Mereka tak suka idea baru, sistem baru, apa-apa yang baru. Ini sama dengan planet kita juga, tidakkah kamu rasa begitu? (Ya, Guru.) Sebab itulah mereka bunuh Nabi Isa, kerana ini sesuatu yang mereka rasa adalah baru. Mereka bunuh semua Guru juga kerana mereka tak faham apa-apa pun. Ia kelihatan macam baru bagi mereka berbanding dengan agama yang sedia ada. Jadi mereka bunuh Mereka macam itu. Ini sama dengan sistem planet-planet yang lain ini. Mereka canggih dalam teknologi tetapi tiada pengetahuan spiritual. Mereka tiada keinginan terhadap kehidupan spiritual yang lebih baik. (Ya, Guru.) Mereka tiada standard moral yang tinggi. Mereka hanya pandai dalam teknologi, itu saja. Jadi mesin ini adalah untuk mengawal orang yang mereka buang ke planet ini sebagai banduan. Kemudian jika orang-orang ini mati, mereka buat mereka hidup semula dalam badan lain kerana mereka dapat mencipta badan juga. Atau mereka boleh pinjam badan daripada bayi baru lahir yang lain dan sebagainya. Perlahan-lahan, orang-orang ini juga menjadi manusia dan lupa akan segalanya, dari mana mereka datang. Tapi sesetengah daripada mereka masih kekalkan separuh drpd ingatan, jadi boleh cipta benda yang lebih baik untuk planet ini disebabkan oleh pengetahuan teknologi tinggi yang sesetengah drpd mereka kekalkan. (Ya, Guru.) Tapi mereka tak dapat keluar dari planet ini dengan segala mesin kawal ini serta menempatkan pakar teknologi, pengawal dan polis mereka dari planet yang lebih tinggi. Mereka bergilir-gilir turun ke sini untuk mengawal. Oleh itu, orang tak dapat keluar. Tetapi karma adalah daripada sistem Tiga Alam. Mereka gunakan karma, “apa yg kamu semaikan, itulah yang akan kamu dapat” untuk mengawal roh supaya mereka terperangkap di sini selama-lamanya, gembira atau sedih, kaya atau miskin, bergantung kepada apa yg mereka buat. (Ya, Guru.)

Saya telah baca beberapa buah buku Tripitaka agama Buddha. Ia menyatakan banyak kisah Buddha yang lain. Apabila saya ada masa, apabila boleh, apabila saya ada masa, saya akan bacanya kepada kamu. Saya telah janji kpd saudara lelaki kamu tetapi belum melakukannya. Saya tak tahu sama ada saya akan ada masa. Saya sudah baca salah satu daripada buku Tripitaka. Saya juga baca kisah agama lain tapi saya tak tahu sama ada kita ada masa kerana kita sibuk. Tapi sekurang-kurangnya kamu sentiasa di sini. Kamu berada dalam persekitaran kerja kamu, dilindungi dan sentiasa sedia, jadi pada bila-bila saja kita boleh adakan persidangan. (Ya, Guru. Terima kasih, Guru.) Tapi saya tak dapat adakan persidangan dengan saudara-saudaramu di luar kerana sekarang mereka semua terkurung. Atau mereka tak berkumpul di pusat kita sama sekali disebabkan oleh wabak. (Betul.) Jadi meskipun saya nak bercakap dengan mereka atau mereka nak tanya saya soalan, mereka tak dapat. Jadi kamu ialah penyuara mereka. Sangat bagus. (Terima kasih.) Sangat bagus.

Saya terkejut dengan semua soalan kamu hari ini sangat baik, sangat baru. Bukan pola biasa. Sangat baru dan sangat baik. Dikemukakan dengan baik. Adakah saya jelaskan dgn secukupnya perbezaan antara mesin kawal dan karma? (Ya, saya rasa begitu, Guru.) Bagus. Tapi saya dah menggantikan dewa Peringkat Ketiga. Kamu tahu, kan? (Ya.) Jadi lebih senang untuk saya bawa roh ke atas. Jika dia masih di sana, orang yang bertaubat pun takkan terlepas. (Wau!) Tidak! Dia takkan benarkan kerana dia akan tunjukkan buku karma kepada saya. (Ya.) Jika itu alam dan ciptaannya, dia boleh tawar-menawar, mengawal. (Ya.) Tapi kerana dia begitu tamak. Jika dia biarkan saya bekerja... Saya bersikap adil. Sesiapa yang dengar kata-kata saya dan ingin naik ke atas, saya bawa ke atas. Tapi dia tamak. Dia tak nak. Jadi sekarang dia kehilangan segalanya. Dia kehilangan kedudukannya juga. Dewa yang kesian. Saya turut bersimpati, tapi terpaksa. Saya tak nak berkerja bersama makhluk yang tak nak bekerjasama ini. Mereka terlalu banyak menghalang saya. Saya tak mahu orang sentiasa berulang-alik, menderita dalam mimpi ilusi ini. Sama seperti mereka sentiasa alami mimpi ngeri. Kadangkala mimpi ngeri, kadangkala mimpi yang lebih baik sikit tetapi segalanya ialah mimpi di dunia ini. (Ya, Guru.) Tapi mereka menderita. Sama seperti dalam mimpi ngeri, kamu menderita seperti benar, kan? (Ya.) Sesetengah orang alami mimpi ngeri yang begitu teruk sehingga malah terjaga, berpeluh di seluruh badan, dan masih takut selama beberapa hari, minggu atau bulan. Tak dapat tidur dengan baik, tak dapat makan dengan baik disebabkan mimpi ngeri yang menyebabkan trauma yang mereka alami. Di dunia ini, sama macam itu, cuma mimpi yang lebih canggih, lebih berteknologi tinggi, jadi kelihatan begitu benar. Dan mereka menderita, rasa lebih benar dan lebih lama, sepanjang hidup.

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (9/11)
1
2020-08-26
42902 Tontonan
2
2020-08-27
16632 Tontonan
3
2020-08-28
14631 Tontonan
4
2020-08-29
14859 Tontonan
5
2020-08-30
13957 Tontonan
6
2020-08-31
19559 Tontonan
7
2020-09-01
12131 Tontonan
8
2020-09-02
12676 Tontonan
9
2020-09-03
14602 Tontonan
10
2020-09-04
11571 Tontonan
11
2020-09-05
11403 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android