Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi sekarang kita teruskan. Anda sering dengar bahawa malaikat Syurga membantu lelaki baik dan wanita baik yg perlukan bantuan apabila mereka dalam bahaya dan sebagainya tetapi kerana hanya satu individu atau sekumpulan kecil kerana mereka baik, berdoa pada masa itu atau mungkin sentiasa berdoa kepada Tuhan serta benar-benar percaya kepada Tuhan dan Kuasa Syurga. Tetapi bagi bilangan yang besar seperti negara, contohnya, itu akan lebih sukar kerana negara yang besar atau kumpulan yg lebih besar juga ada kedua-dua belah, kuasa negatif dan positif. Kuasa positif adalah daripada mereka yang percaya kepada Tuhan, dengan rendah diri berdoa dan memuji Tuhan untuk perlindungan, atas apa-apa saja yang mereka ada.Satu lagi belah, walaupun dalam kumpulan yg sama itu, kelihatan macam orang yang sama, kelihatan macam mereka ada arah yang sama, namun mereka hanya percaya kpd Tuhan dengan mulut atau perbuatan luaran saja. Mereka tak benar-benar percayai Tuhan. Jadi dua kuasa ini perlu saling berlawan untuk menang, untuk apa-apa saja tujuan, tujuan baik yang ingin dicapai oleh kumpulan itu atau orang itu. Jadi lagi mulianya umat manusia lagi baik untuk Syurga dan lebih-lebih lagi Tuhan membantu. Itu sebabnya. Kerana dunia ini dunia fizikal, juga perlu bergantung kepada cara fizikal untuk menyelesaikan masalah.Jadi kita dengar orang kadangkala kata, “Jika Tuhan wujud, mengapa Dia wujudkan segala kesusahan ini seperti kebuluran, peperangan, bencana dan wabak?” Tidak, tidak, Tuhan tidak. Tuhan tak pernah wujudkan sebarang penderitaan untuk kita manusia atau di mana-mana pun. Mayalah yang menyebabkannya dan menghukum anda juga, malah gunakan Hukum Alam Semesta untuk menghukum anda. Jika anda berbuat jahat, mereka akan memetik Hukum Alam Semesta, seperti berkata, “Jika kamu berbuat jahat, kamu perlu langsaikannya.” Tidak, Syurga beritahu anda itu untuk mengingatkan anda supaya berbuat baik, kerana jika tidak, anda akan alami kesusahan. Anda akan dihukum. Tetapi bukan Syurga yang menghukum. Itu Syurga yang lebih rendah atau malah yang paling rendah, Hukum Karma, dan kuasa pemerintahan maya. Mereka nak mengawal manusia atau makhluk lain di planet ini, sesiapa saja yang dapat mereka kawal, jadi mereka gunakan segala hukum ini untuk menghukum orang.Tuhan telah beri kita Sepuluh Rukun dan Lima Rukun dalam agama Buddha, agama Kristian, agama Hindu, dan Jainisme untuk beritahu kita bahawa di dunia ini, peraturan ini dikenakan. Jadi jika kita mengelak drpd melanggar hukum Lima Rukun atau hukum Sepuluh Rukun ini, kita akan baik-baik saja, akan selamat. Tak bermakna Tuhan membuat hukum itu. Cuma Tuhan tahu bahawa maya akan menghukum anda jika anda melanggar kategori hukum ini. Mereka buatnya macam itu supaya anda boleh dihukum atau terpaksa menyerah kepada cengkaman mereka supaya mereka dapat mengawal anda.Tuhan hanya mahukan kegembiraan, kebahagiaan dan makrifat untuk kita, mengenali Diri anda yang agung, bukan mengenali Tuhan pun. Setelah anda mengenali Diri yang agung, anda akan tahu bahawa anda ialah sebahagian drpd Tuhan, atau lagi tinggi – jika anda menaik lebih tinggi, anda bersatu dengan Tuhan, seperti Nabi Isa bersabda, “Saya dan Bapa saya bersatu,” kerana Nabi Isa telah capai peringkat itu, kuasa itu untuk mengetahui bhw apa-apa pun diri-Nya, apa-apa pun yang dibuat-Nya, semuanya daripada Tuhan, dan Baginda dan Tuhan bersatu. Macam itulah.Jadi melalui Nabi Musa, melalui Buddha, melalui Guru Jain, melalui Guru Sikh, melalui Guru Hindu, melalui Guru Muslim, Tuhan beritahu umat manusia supaya mematuhi prinsip-prinsip, rukun-rukun moral ini selagi anda hidup di dunia ini untuk mengelakkan diri anda diheret ke neraka atau dihukum semasa hidup atau selepas mati oleh kuasa maya kerana anda di kawasan kekuasaan mereka. Anda bukan di Syurga. Anda bukan di mana-mana Syurga, Syurga yang lebih rendah pun seperti Syurga Astral. Syurga Astral ialah Syurga yang paling dekat dengan Bumi, dengan tahap pengenalan spiritual planet ini. Kerana Tuhan juga berikan kemahuan bebas kepada kita. Jadi jika kita ingin turun ke bawah sini untuk mengalami sesuatu yang kurang daripada Tuhan atau tak bersifat Tuhan, maka kita perlu mematuhi hukum di domain ini, seperti Lima Rukun, atau diperbesar sikit ialah Sepuluh Rukun. Ia berpokok pada Lima Rukun.Tidak membunuh, tidak berbohong, tidak mencuri, tidak berzina dan tidak mengambil intoksikan termasuk perjudian. Itu memabukkan anda juga, buat anda ketagih dan teruskan macam itu, dan menjual diri sendiri, menjual hartanah, malah menjual isteri dan anak untuknya. Ya, sesetengah orang buat begitu untuk perjudian, arak atau dadah, untuk apa-apa saja yang mereka ketagih: dadah, arak, rokok, perjudian. Ini menagihkan, bukan hanya daging orang-haiwan, bukan hanya produk orang-haiwan. Kerana jika anda tidak mematuhi hukum ini, Lima Rukun atau Sepuluh Rukun agama Kristian, jika anda tidak mematuhinya, jika anda tidak mengelak daripada melanggarnya, anda akan dihukum oleh maya. Sama seperti jika anda pergi ke negara lain. Banyak negara ada undang-undang yang berlainan, sesetengahnya lebih terperinci kerana di negara mereka, mereka ada masalah itu.Jadi undang-undang digubal untuk mengekalkan keadaan baik penduduk, bukan untuk saling memudaratkan atau membuat perkara buruk yang tak betul dan memudaratkan masyarakat. Di sesetengah negara yang ada sekatan, mereka ada lebih banyak undang-undang, sesetengahnya tak masuk akal, seperti jika kita tak bertudung, kita akan diheret ke dalam penjara, malah dipukul atau dicabul. Anda tahu akan semua itu drpd berita. Misalnya macam itu. Saya tak dapat beritahu anda dgn secukupnya segala undang-undang hilang akal di banyak kononnya negara ‘suci’ ini. Mereka kata mereka percaya kpd Tuhan, percaya kepada Nabi SAW, percaya kepada Guru dan sebagainya. Tetapi mereka buat apa-apa saja yang bertentangan dengan ajaran Guru, bertentangan dengan standard moral Nabi. Guru, Nabi datang hanya untuk mengajar orang supaya menjadi baik, baik hati, saling menyayangi, tetapi mereka buat sebaliknya, hanya untuk mengawal.Mereka kata mereka percaya kpd Tuhan, percaya kepada ajaran Nabi tetapi memperlakukan wanita seperti penjenayah. Mereka (wanita) tak boleh secara tak sengaja atau disebabkan angin biarkan tudung terlucut pun. Wanita diperlakukan seperti objek – boleh dijual, boleh diambil oleh pegawai berkuasa, polis atau apa-apa saja, dan tak boleh hadiri sekolah, tak boleh hadiri kolej. Di dunia ini hari ini, wanita boleh menjadi presiden, perdana menteri dan banyak menteri yang penting di negara-negara yang berlainan, tetapi di sesetengah negara, wanita tak boleh hadiri kolej, tak boleh mendapat pendidikan tinggi kecuali di tadika atau sekolah rendah. Itu pun jika mereka boleh capai itu. Mereka diperhatikan seperti helang. Jika mereka tidak mempelajari buku agama saja, mungkin mereka akan dihalau keluar atau malah dipenjarakan.Maklumlah, mereka terlupa bahawa wanita adalah paling baik. Wanita diamanahkan, dikurniai kuasa untuk melahirkan manusia, menyuburkan mereka, besarkan mereka sehingga jadi dewasa dan besarkan mereka sehingga malah menjadi perdana menteri, orang penting untuk memimpin banyak negara. Lebih-lebih lagi, wanita ialah ibu Buddha masa depan dan sudah menjadi ibu Buddha, ibu Nabi, ibu Santo dan Orang Suci zaman-berzaman.Jadi apa-apa yang mereka katakan bercanggah dengan apa yang mereka lakukan. Ini ialah orang yang akan pergi ke neraka kerana saya dah kata bahawa keangkuhan, ego ialah sebab yang bawa anda ke neraka. Jika anda melawat neraka, anda akan nampak banyak pendeta, banyak pemimpin negara besar, negara kecil. Mereka kelihatan macam orang beriman tetapi mereka semua di neraka. Maksud saya, bukan neraka jangka pendek – neraka selama-lamanya. Kerana mereka mempersendakan Tuhan, mempersendakan Syurga dan mempersendakan kecerdasan seluruh umat manusia dengan menunjukkan muka palsu penganut agama tetapi mereka bukan sama sekali. Mereka hanya mempergunakan Tuhan, mempergunakan ajaran Tuhan, mempergunakan ajaran Nabi, Guru untuk memuaskan ego mereka, untuk mengawal orang, untuk menindas anak-anak Tuhan. Sama seperti Paus Francis sekarang. Dia sepatutnya mewakili Nabi Isa tetapi dia orang anti-Christ, memfitnah, jatuhkan maruah Baginda, seperti “Nabi Isa orang yang gagal”, “Nabi Isa berdarah pagan” dll... Sebab itulah mereka perlu pergi ke neraka selama-lamanya.Photo Caption: Musim Bunga Roh Harus Bertahan Lama!