Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kedudukan Wanita yang Tinggi, Bahagian 9 daripada 20

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Meskipun kita pergi ke Syurga tapi tinggal sangat singkat saja di Syurga kemudian kita perlu kembali ke kitaran hidup dan mati, kitar semula secara berulangan untuk menjadi segala jenis makhluk: malah orang-haiwan, orang-haiwan yang menderita, hantu dan syaitan neraka dan sebagainya. Apa kebaikannya kepada kita? Jadi pembebasan ialah sesuatu yg benar, paling baik. Jangan menjadi hamba kepada neraka ini lagi. Dunia ini telah... Saat, saya akan tanya dulu sama ada saya boleh beritahu anda atau tidak. Saat. Saya akan kembali.

Dunia ini diperintah oleh bangsa makhluk yang lebih rendah. Mereka kelihatan seperti ular – ular yang menggoda Hawa supaya makan epal terlarang, malah membuat suaminya makan bersama dia. Jadi kedua-duanya dibuang dari Syurga Gembira, Firdaus, dan kita manusia dilahirkan daripada mereka dan menderita juga. Sangat sedikit kegembiraan, banyak penderitaan, di dunia ini pun, apalagi neraka.

Dan setiap perbuatan kecil yg kita buat, setiap kesalahan yang kita buat dikira oleh jenis ular ini, sejenis bangsa yang sangat kejam. Mereka bukan manusia. Mereka langsung bukan manusia. Mereka tiada roh. Mereka tidak bersama Tuhan. Mereka tak pedulikan apa-apa yang baik, moral atau kegembiraan Syurga, apa-apa pun. Mereka hanya nak mengawal, memperhambakan manusia untuk buat apa yang mereka mahu dan tak sentiasanya perkara baik – hanya untuk hiburan mereka, kewujudan mereka yang pentingkan diri.

Jadi sekarang, kami, saya dan Syurga menghalau mereka keluar, banyak daripada mereka sudah keluar tetapi karma manusia tak dapat dikurangkan disebabkan itu. Itu masalahnya. Sebab itulah saya minta anda semua, selama ini, supaya bertaubat atas apa-apa saja yang anda rasa anda boleh bertaubat, apa-apa saja yang anda rasa telah anda buat, fikirkan nak buat atau hanya fikirkan saja tetapi belum buat atau katakan yang tidak mengikut ukuran Syurga – apa-apa saja yang tak bermoral, apa-apa saja yang buruk kpd orang lain, apa-apa saja yang mementingkan diri, apa-apa saja yang dicuri drpd orang lain, apa-apa saja yang boleh menyakiti dan memudaratkan makhluk lain termasuk orang-haiwan. Pokok dan tumbuhan pun dimusnahkan secara tidak perlu atas sebab mementingkan diri atau hanya untuk seronok-seronok seperti memburu atau memotong kayu hanya untuk dijual bagi mendapat sedikit wang, mudaratkan makhluk di dlm pokok yang tiada tempat untuk pergi. Ia memudaratkan pokok juga dan memudaratkan dunia kerana lagi kurangnya pokok lagi banyak kesusahan bagi dunia kita – kurang hujan, kurang kedinginan, kurang suhu yang berpatutan dan iklim akan semakin menaik sehingga kita tak tahan lagi.

Meskipun kita hidup dan teruskan macam itu, barangkali kita perlu korek lubang di bawah tanah untuk hidup, jika kita masih boleh hidup, jika kita boleh ada apa-apa untuk hidup, dengan banyak banjir yang tak pernah berlaku dulu, musnahkan begitu banyak harta benda, begitu banyak ladang dan begitu banyak pertanian. Selain itu, bersama dengan itu juga, di sesuatu tempat yang lain terdapat kemarau.

Bukan sahaja banjir tetapi juga kemarau. Kedua-duanya musnahkan banyak ladang pertanian, dan sekarang kita kekurangan makanan. Mungkin bukan di bandar anda, bukan di kampung anda kerana barangkali bandar anda, kampung anda ada banyak orang mulia, orang bermoral, atau dalam hayat sebelumnya atau banyak hayat yang lain telah membuat sesuatu yang baik. Jadi pahalanya kembali kepada anda dalam hayat ini, dan anda tinggal di kawasan yang baik. Tetapi anda takkan tahu berapa lama pahala itu bertahan.

Mungkin sekarang anda lihat kampung lain musnah dan kampung anda baik-baik saja tetapi anda tak tahu bila kampung anda adalah yg seterusnya. Jadi berjaga-jagalah. Jadilah berakhlak mulia. Hanya menjadi vegan, bertaubat. Ingat dan syukur kepada Tuhan. Berterima kasih kepada semua Guru. Itu tidak susah. Tolong lakukannya. Saya katakan ini disebabkan kasih sayang daripada hati saya. Syurga dan Bumi ialah Saksi saya. Neraka pun tahu apa maksud saya.

Saya kasihi anda semua, orang yang berkata buruk tentang saya, orang yang berbohong tentang saya, orang yang memudaratkan saya dengan cara-cara yang berlainan pun. Anda hanya buat kerja buruk anda, itu saja. Anda cuma jahil dan tidak tahu siapa ialah siapa. Dah tentu tidak. Apabila Buddha dilahirkan, Baginda kelihatan sama seperti manusia lain – mungkin manusia yg merupakan putera tetapi manusia. Saya dilahirkan tanpa gelaran putera pun. Jadi mana dapat anda tahu siapa saya pun?

Tetapi maklumlah, saya tidak bohongi anda. Saya Maitreya Buddha. Dalam agama Kristian, mrk panggil saya Nabi Isa yang kembali. Tuhan suruh saya beritahu anda tentang itu. Jika saya bohongi anda sekarang, biar hidup saya dimusnahkan selama-lamanya dan tidak menjadi manusia, orang-haiwan atau serangga pun lagi. Tuhan Yang Maha Berkuasa ialah Saksi Tertinggi saya. Semua Buddha ialah Saksi saya. Semua Raja di Syurga ialah Saksi saya, atau syaitan, hantu, hantu ghairah dan Mara pun ialah saksi saya. Mereka semua tahu siapa saya.

Saya tidak menyalahkan anda jika anda tidak mengenal saya. Tapi tolonglah, cuba tidak memfitnah saya kerana karma itu terlalu berat bagi saya pun untuk selamatkan anda. Tolong jangan. Saya tidak berbuat apa-apa mudarat terhadap sesiapa pun. Saya tidak mudaratkan sesiapa pun! Saya Nabi Isa yang kembali. Saya Buddha Maitreya. Jadi tolong berhenti memfitnah saya, dalam hati anda saja pun dan tiada sesiapa yang tahu, untuk menyelamatkan roh anda. Begitu pun, saya takkan menghukum anda dengan sebarang cara. Saya akan masih cuba selamatkan anda tetapi bukan saya seorang saja yang boleh memutuskan itu. Ada Tuhan Yang Maha Berkuasa, ada hukum Syurga, ada neraka, ada Raja Mara yang takkan mengerlipkan mata dan ampunkan perbuatan buruk anda. Memfitnah Buddha sebenar ialah jenayah paling buruk yang boleh anda lakukan. Tolong hentikannya. Ia tidak memudaratkan saya, cuma ia akan memudaratkan anda. Saya beritahu anda kebenaran disebabkan kasih sayang.

Syaitan memudaratkan saya, ahli sihir memudaratkan saya pun, saya sentiasa cuba berkati mereka dan berdoa untuk mereka kerana mereka tak tahu. Mana dapat sesiapa tahu akan segalanya? Mereka juga telah diracuni oleh masyarakat, idea praanggap dan konsep tentang Buddha akan kelihatan seperti apa dan semua Buddha harus merupakan lelaki dan bukan wanita Ya Tuhan! Jika semua Buddha dambakan badan lelaki, maka saya tak rasa seorang Buddha wajar disanjung jika Dia memilih badan lelaki dan bukan badan wanita.

Buddha boleh memilih mana-mana badan untuk membantu dunia. Kita juga ada seorang lagi Buddha wanita yang bernama Phật Mẫu Chuẩn Đề. Ia bermaksud Buddha Ibu Chuẩn Đề. Saya dah lupa nama Sanskritnya. Pada masa ini, Buddha Maitreya memilih badan wanita, malah daripada badan yang mati, dipinjam bagi bekerja untuk dunia, bukan badan setinggi enam kaki yang sempurna dengan janggut, apa-apa saja. Anda boleh lihat. 32 tanda Buddha tidak dapat dilihat, tidak seperti ada tanda tatu yang kekal pada kulit atau mana-mana saja. Anda mesti ada Mata Ketiga yang terbuka, Mata Buddha yang terbuka, Mata Kebijaksanaan yang terbuka baru dapat lihat semua itu.

Sebab itulah banyak kononnya anak murid Tuhan saya percaya kepada saya, kerana mereka nampak sesuatu daripada saya dan meningkat maju dalam amalan spiritual. Mereka ada pengalaman Syurga dan Bumi, malah neraka di dalam, atau kadangkala malah di luar dengan mata terbuka, dan kehidupan mereka menjadi lebih baik. Mereka dapat lihat Buddha, dapat lihat Nabi Isa, dapat lihat semua Nabi seperti Nabi Muhammad SAW, contohnya. Mereka dapat lihat Santo dan Orang Suci yg lain kerana saya berikan cara yg betul itu kpd mereka utk beramal, untuk pergi ke arah Syurga. Sebab itulah mereka ada segala pengalaman spiritual dalaman yang baik ini. Banyak orang perlu mati dengan kemalangan, serangan jantung dan segala jenis kejadian yang berlaku kepada hidup mereka baru dapat mengalami pengalaman hampir mati supaya dapat lihat sepintas lalu pemandangan Syurga, atau lihat Santo dan Orang Suci, lihat Buddha, lihat Nabi Isa, lihat Nabi, contohnya. Kononnya anak murid Tuhan saya nampak itu tanpa perlu mati, tanpa perlu menderita.

Jika saya orang yang begitu jahat, orang jahat yang mengajar mereka dengan cara yang salah, mana dapat mereka, kebanyakan daripada mereka ada begitu banyak pengalaman dan kegembiraan Syurga dalam hidup fizikal ini juga? Kehidupan mereka menjadi semakin sempurna. Roh mereka menjadi semakin dekat dengan Alam Buddha, dengan Syurga, dengan Rumah, Rumah sebenar mereka.

Jadi saya tidak mudaratkan sesiapa pun. Jadi tolonglah, anda tak perlu memfitnah saya. Jika anda mendakwa bahawa anda lihat Alam Buddha Amitābha seperti anda lihat garis pada tapak tangan, maka tanyalah Buddha Amitābha tentang identiti saya, siapa itu Mahaguru Ching Hai? Jika anda benar-benar nampak Buddha Amitābha, saya meragui anda akan memfitnah saya, berasa sangsi terhadap saya atau mengesyaki saya seorang pengamal yang buruk. Jika anda benar-benar dapat lihat Alam Buddha macam itu, maka anda sudah pun salah satu umat Buddha di Alam-Nya. Maka anda pasti tahu lebih banyak. Buddha pasti beritahu anda tentang saya. Maka anda pasti akan menjadi kawan saya, bersuara untuk saya dan berada dalam kumpulan saya.

Jika Buddha tidak beritahu anda tentang saya, ini bermakna anda tidak pernah pergi ke sana, atau anda tidak bercakap benar. Anda hanya berbohong tentang nampak Alam Buddha supaya pengikut akan memuja anda dan dengar kata-kata anda, menawarkan benda material kpd anda. Saya sangat bersimpati. Anda telah buat kesilapan yang memang sangat buruk. Anda akan menanggung karma itu dengan begitu buruk di neraka. Jika bukan di neraka, maka di alam syaitan ghairah di mana mereka akan mengejar anda, akan mengganggu anda selama-lamanya.

Ya Tuhan, saya harap semua Buddha mengampuni anda. Saya harap Syurga mengampuni anda supaya anda dapat menebus diri suatu hari nanti. Jika anda masih hidup dan melakukan kesilapan macam ini, tolong berpatah balik, bertaubat, memohon kepada Buddha, Tuhan supaya mengampuni anda, dan benar-benar baktikan hidup anda kepada amalan spiritual secara ikhlas, dengan hati anda, semata-mata hanya untuk menebus diri dan membebaskan diri daripada kitaran lahir dan mati, daripada penderitaan yang berulangan. Semoga Tuhan berkati anda. Amin. A Di Đà Phật (Buddha Amitābha)!

Photo Caption: ‘Kasih Sayang Bulan’ “Foto Bulan asal, tidak diubah di depan tempat saya ketika saya sedang cuba mencari sudut yang betul, menempuh dahan-dahan pokok, hampir berputus asa tetapi tetap berjaya, kemudian Bulan tunjukkan KASIH SAYANG dengan hati yang begitu jelas dan dua mata penuh kasih sayang walaupun pada malam hutan berkabus. Saya begitu tersentuh. Air mata berlinangan!” Fotografi dan nota kapsyen oleh Mahaguru Ching Hai (vegan) 15 November 2024

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (9/20)
1
2024-11-24
7439 Tontonan
2
2024-11-25
3880 Tontonan
3
2024-11-26
3708 Tontonan
4
2024-11-27
3432 Tontonan
5
2024-11-28
3236 Tontonan
6
2024-11-29
3048 Tontonan
7
2024-11-30
3124 Tontonan
8
2024-12-01
3166 Tontonan
9
2024-12-02
3265 Tontonan
10
2024-12-03
2756 Tontonan
11
2024-12-04
2595 Tontonan
12
2024-12-05
2533 Tontonan
13
2024-12-06
2574 Tontonan
14
2024-12-07
2445 Tontonan
15
2024-12-08
2403 Tontonan
16
2024-12-09
2373 Tontonan
17
2024-12-10
2176 Tontonan
18
2024-12-11
2394 Tontonan
19
2024-12-12
2166 Tontonan
20
2024-12-13
2183 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android