Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Mesej CEMAS Mahaguru Ching Hai kepada Semua Pemimpin Agama dan Spiritual

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Para Ketua Agama Suci, Paderi Lelaki, Paderi Wanita, Biksu, Biksuni yang disanjung tinggi daripada agama-agama yang berlainan, ucapan selamat dan doa saya untuk kesejahteraan anda dalam belas kasihan Tuhan. Walaupun sibuk dan masa saya berharga, saya masih dalam suluk meditasi intensif untuk Dunia Vegan, Dunia Aman, namun panggilan cemas planet ini dan dunia kita mendesak saya. Saya rasa saya mesti menyampaikan beberapa mesej cemas kepada para Ketua Agama Suci dan Pendeta yang disanjung. Sebagai pemimpin spiritual, anda juga menyedari kemusnahan yang berlaku di planet kita, berkaitan secara langsung dengan perubahan iklim pantas yang disebabkan oleh kelakuan kejam dan tabiat ganas manusia yang tidak begitu sukar untuk diubah setelah mengaplikasikan prinsip kasih sayang. Beritahulah pengikut anda kebenaran ini. Beritahu mereka bahawa kita mesti ubah. Kerana KITA TAK BOLEH KATA BAHAWA KITA IALAH ANAK TUHAN JIKA KITA BUNUH ANAK TUHAN YANG LAIN. KITA TAK BOLEH MENDAKWA KITA IALAH BUDDHA MASA DEPAN JIKA KITA BUNUH BERAMAI-RAMAI BUDDHA MASA DEPAN YANG LAIN sama ada dalam bentuk manusia atau bentuk haiwan. KITA TAK BOLEH KATA KITA CINTAI TUHAN, KEMUDIAN MEMUSNAHKAN CIPTAANNYA DENGAN TAK HENTI-HENTI. SEKARANG KITA MEMUSNAHKAN PLANETNYA. Ajarkanlah ini secara berulangan kepada pengikut anda yang percaya, menyanjung anda, Ketua Agama Suci dan Pendeta sebagai ikon belas kasihan dan kasih sayang murni. Dengan Kasih Sayang Tuhan, terima kasih.

Para Ketua Agama Suci, Paderi Lelaki, Paderi Wanita, Biksu, Biksuni yang disanjung tinggi daripada agama-agama yang berlainan, ucapan selamat dan doa saya untuk kesejahteraan anda dalam belas kasihan Tuhan. Walaupun sibuk dan masa saya berharga, saya masih dalam suluk meditasi intensif untuk Dunia Vegan, Dunia Aman, namun panggilan cemas planet ini dan dunia kita mendesak saya. Saya rasa saya mesti menyampaikan beberapa mesej cemas kepada para Ketua Agama Suci dan Pendeta yang disanjung. Jika rumah kita terbakar, kita tak boleh kata, “Saya tiada masa untuk menguruskannya!” Rumah planet kita sedang terbakar!!! Warkah ini mempunyai matlamat yang sama. Ia sepatutnya dikirim melalui pos tetapi saya bacanya, lebih cepat. Pada waktu kecemasan, terlalu banyak birokrasi tidak membantu.

Para Ketua Agama Suci dan Pendeta yang disanjung… Walaupun mazhab nampaknya berbagai-bagai, namun kita semua berkhidmat untuk satu Tuhan saja, saya percaya. Kami amat berterima kasih, saya amat berterima kasih atas kerja mulia, penuh dedikasi yang semua Ketua Agama Suci dan Pendeta yang disanjung lakukan selama ini, lakukan selama ini, menyatukan orang melalui penyebaran mesej Yang Maha Berkuasa tentang kasih sayang dan belas kasihan dlm kalangan manusia dan semua ciptaan. Terima kasih. Semoga Tuhan di sebelah anda selama-lamanya.

Sebagai pemimpin spiritual, anda juga menyedari kemusnahan yang berlaku di planet kita, berkaitan secara langsung dengan perubahan iklim pantas yang disebabkan oleh kelakuan kejam dan tabiat ganas manusia yang tidak begitu sukar untuk diubah setelah mengaplikasikan prinsip kasih sayang. Beritahulah pengikut anda kebenaran ini. Sentiasa beritahu mereka, sentiasa ingatkan mereka. Saya tahu anda buat begitu tetapi anda boleh buat lebih banyak. Terima kasih. Kita perlu ubah. Beritahu mereka bahawa kita mesti ubah. Kita mesti ubah jika kita ingin mendakwa bahawa kita ialah manusia, bahawa kita ialah Buddha masa depan, bahawa kita ialah anak Tuhan! Kerana KITA TAK BOLEH KATA BAHAWA KITA IALAH ANAK TUHAN JIKA KITA BUNUH ANAK TUHAN YANG LAIN. KITA TAK BOLEH MENDAKWA KITA IALAH BUDDHA MASA DEPAN JIKA KITA BUNUH BERAMAI-RAMAI BUDDHA MASA DEPAN YANG LAIN sama ada dalam bentuk manusia atau bentuk haiwan.

Semasa kita baca kitab agama Buddha, kita tahu bahawa Buddha Shakyamuni pun lahir semula secara berulangan banyak kali sebagai haiwan. Kita juga tahu, dalam kitab Bible, Tuhan berfirman bahawa Dia mencipta segala jenis sayur untuk haiwan makan dan Dia mencipta banyak makanan untuk kita juga. Jika haiwan tidak bererti bagi Tuhan, Tuhan takkan mencipta makanan untuk mereka makan. Sama seperti Tuhan kasihi kita, jadi Tuhan mencipta makanan untuk kita makan. Bible nyatakan, Tuhan mencipta buah-buahan dan sayuran di kebun dan itu akan menjadi makanan kita. (Kitab Suci Bible, Genesis 1:29)

KITA TAK BOLEH KATA KITA CINTAI TUHAN, KEMUDIAN MEMUSNAHKAN CIPTAANNYA DENGAN TAK HENTI-HENTI. SEKARANG KITA MEMUSNAHKAN PLANETNYA. Tetapi dengan lebih 74 bilion haiwan darat dibunuh beramai-ramai tanpa belas kasihan untuk dimakan oleh manusia setiap tahun, industri penternakan haiwan dan hasil sampingannya telah menyebabkan 87% daripada pembebasan gas rumah hijau yang disebabkan oleh manusia. Kita bukan sahaja memusnahkan planet ini dengan apa yang kita makan tetapi kekejaman yang tak terkatakan juga berlaku kepada haiwan yang tak berdosa yang tak pernah buat apa-apa yang salah. Lagipun, Tuhan mencipta haiwan untuk menjadi kawan dan pembantu kita, bukan untuk dibunuh dan dimakan dengan cara yang begitu kejam! Sekarang dah abad ke-21, demi Tuhan.

Dalam kitab suci Bible, Nabi Ayub 12:7-8, dinyatakan, “Tetapi tanya haiwan dan mereka akan ajar kamu, atau tanya burung di langit dan mereka akan beritahu kamu. Atau bercakap dengan Bumi dan ia akan mengajar kamu, atau biar ikan di dlm laut beritahu kamu.” Jadi haiwan, Bumi yang dicipta oleh Tuhan ialah makhluk cerdik yang dihormati. Kehadiran mereka ialah berkat besar kepada manusia.

Tapi apa jenis perbuatan tak dapat dimaafkan, bertentangan dengan Hukum Tuhan yang telah kita buat terhadap ciptaan Bapa Syurga? Kita memusnahkan ciptaan Tuhan dari darat ke laut! Kekejaman keji dibuat terhadap makhluk ciptaan Tuhan yang tak berdosa dalam ujian makmal, penternakan haiwan, perikanan, penternakan haiwan, perikanan, industri telur, susu, bulu, kosmetik dan sebagainya. Industri-industri ini memang dahsyat dan tak berperikemanusiaan. Ia menyebabkan haiwan yang tak berdosa, tak berupaya pertahankan diri, lembut, penghuni bersama kita, ciptaan Tuhan, dikurung, diseksa dan diganggu dengan banyak cara tanpa sebarang peluang untuk mempertahankan diri atau meminta tolong! Meskipun mereka meminta tolong, katakan ibu lembu, ibu khinzir menangis apabila bayi mereka diambil pergi dari situ, dipukul, ditendang dan dibunuh, tiada orang yang peduli. Kanak-kanak berusia lima tahun pun boleh memahami emosi mereka. Ia lebih teruk daripada banyak neraka! Bayangkan jika mereka ialah anak kita, saudara-mara kita, kawan kita atau kita sendiri! Mereka ialah makhluk hidup yang ada emosi, fikiran, perasaan. Sesiapa daripada kita yang pernah habiskan masa bersama haiwan kesayangan tahu bahawa mereka ada personaliti sendiri. Mereka rasai kasih sayang, perasaan ambil berat, kesakitan dan kesedihan, kegembiraan dan keterujaan. Dan ketaatan mutlak. Tiada perbezaan antara haiwan kesayangan di rumah dan haiwan lain yang dikurung sepanjang hidup di dalam sangkar ladang ternakan yang padat, sempit atau dikurung dalam ruang yang penuh sesak, hujan atau cerah, tiada tempat berteduh, menahan segala jenis cuaca, sebarang keadaan buruk yang tak dapat dibayangkan dan nyawa diakhiri secara ganas di rumah sembelih! Untuk dimakan oleh manusia. Jika kita masih rasa bahawa kita ialah manusia dalam keadaan ini.

Untuk maklumat lanjut, saksikanlah juga dokumentari berikut yang direkomenkan seperti ‘Cowspiracy’, seperti ‘Cowspiracy’, ‘Earthlings’, ‘Dominion’ yang menangi anugerah serta ‘What the Health’ dan sebagainya yang dicalonkan untuk anugerah. Juga, muat turun secara percuma ‘Dari Krisis ke Keamanan’ di Crisis2Peace.org

Dalam semua agama utama, ada persamaan seperti prinsip: ‘Memperlakukan makhluk lain sebagaimana kita mahu mereka memperlakukan terhadap kita’ dan ‘Kamu tidak harus membunuh.’ ‘Ahimsa’ bermaksud tanpa keganasan dll… Jelasnya, pemakanan sebarang jenis haiwan, makhluk hidup memang dilarang dalam semua sistem kepercayaan utama dan ajaran suci. Tapi terlalu banyak anak Tuhan atau penganut agama tidak mengikut garis panduan asas ini kerana kita telah disesatkan oleh salah konsep bahawa kita perlu makan daging haiwan, ikan, telur dan susu untuk menjadi sihat. Yang sebaliknya adalah benar – telah terbukti dalam kajian saintifik dan klinikal bahawa memakan haiwan menyebabkan sangat banyak penyakit dalam manusia seperti kanser, segala jenis kanser dan penyakit jantung, jadi kematian awal serta kesedihan, penderitaan yang tak habis-habis sebelum itu. Bukan sahaja kepada pesakit tetapi juga saudara-mara, kawan, ahli keluarga dan orang tersayang mereka.

Sekarang dah tiba masanya untuk sedar dan ubah tabiat yang tidak baik, tidak sihat, kejam dari segi fizikal dan rohani ini serta kekejaman besar yang terlibat. Diet asal kita seperti di Taman Firdaus ialah diet vegan. Ia meningkatkan kesejahteraan fizikal, mental dan rohani. Kita boleh hidup gembira, hidup sihat hanya dengan makanan daripada tumbuhan. Pelakon, atlet, ahli sukan, juara seni bela diri, doktor, ahli sains, pemenang Hadiah Nobel dan sebagainya ialah bukti jelas kepada diet berasaskan tumbuhan yang sihat. Ini juga mematuhi prinsip ‘Kamu tidak harus membunuh’ atau ‘Ahimsa’, bermaksud tiada keganasan, sementara memakan haiwan adalah bertentangan dengan rukun daripada Tuhan ini. Meskipun kita bukan orang yang melakukan pembunuhan, kita menyebabkan orang lain membunuh untuk kita. Haiwan menderita dan mati juga hanya untuk hidangan kita yang boleh digantikan dengan makanan berasaskan tumbuhan yang lain. Hari ini, jauh lebih senang. Jadi diri kita, disebabkan oleh pembunuhan haiwan, penuh dengan darah haiwan yang tak berdosa pada tangan kita. Ajarkanlah ini secara berulangan kepada pengikut anda yang percaya, menyanjung anda, Ketua Agama Suci dan Pendeta sebagai ikon belas kasihan dan kasih sayang murni. Jadi mereka akan dengar kata-kata anda! KITA TAK BOLEH BIAR SYAITAN ATAU MAYA, IBLIS ATAU KUASA NEGATIF TERUS MENGGODA KITA HINGGA TERSESAT, BERTENTANGAN DENGAN KEHENDAK TUHAN serta bertentangan dengan kecerdasan dan sifat belas kasihan inheren kita.

Sebelum meneruskan warkah ini, saya akan baca beberapa contoh larangan terhadap pemakanan daging haiwan dalam agama-agama utama di dunia. Hanya kalau-kalau orang lain juga dengar, orang lain yang telah terlupa rukun agama mereka sendiri. Jadi pertama sekali saya akan bacanya mengikut urutan abjad.

AGAMA BAHA’I

“Mengenai larangan memakan daging haiwan, anda harus tahu bahawa sejak permulaan ciptaan, Tuhan telah menentukan makanan setiap makhluk dan makan secara bertentangan dengan penetapan ini adalah tidak dibenarkan.” ~ Pilihan daripada Penulisan Baha’i tentang Aspek Kesihatan dan Penyembuhan

AGAMA BUDDHA

“…SEMUA DAGING YANG DIMAKAN OLEH ORANG IALAH DAGING SAUDARA-MARA MEREKA SENDIRI.” ~ Kitab Lankavatara (Tripitaka No. 671)

“Selepas bayi dilahirkan, mestilah berjaga-jaga juga agar tidak bunuh mana-mana haiwan untuk dihidangkan kepada si ibu dan tidak menghimpunkan saudara-mara untuk minum arak atau makan daging... kerana pada waktu bersalin yang susah, ada begitu banyak syaitan, raksasa dan goblin yang ingin minum darah yang berbau... dengan jahil membunuh haiwan untuk dimakan... mereka menyumpah diri sendiri, memudaratkan si ibu dan bayi.” ~ Kitab Kristigarbha Bab 8

Satu lagi: “Berhati-hati beberapa hari selepas seseorang meninggal dunia, jangan membunuh, memusnahkan atau mewujudkan karma buruk dengan menyembah atau menawarkan korban kepada syaitan dan dewa... kerana pembunuhan atau penyembelihan yang dilakukan, penyembahan yang dibuat atau korban yang ditawarkan itu TIDAK MENDATANGKAN SEDIKIT KEBAIKAN PUN KEPADA SI MATI, TETAPI AKAN MENAMBAHKAN LAGI KARMA BURUK PADA KARMA SEBELUMNYA, MENJADIKANNYA LAGI DALAM DAN SERIUS. ...jadi MENANGGUHKAN KELAHIRAN SEMULANYA DALAM KEADAAN YANG BAIK.” Atau malah menyebabkan mereka segera pergi ke neraka. Karma bermaksud balasan. “Apa yang kamu semaikan, itu apa yang akan kamu dapat.” Bible menyatakan begitu. “Apa yang kamu semaikan, itu apa yang akan kamu dapat.” Itu maksud karma dalam istilah Sanskrit.

Satu lagi: “Jika biksu tidak memakai pakaian yang dibuat daripada sutera…” sutera yang dibuat daripada ulat sutera, “…kasut kulit dan bulu tempatan serta tidak mengambil susu, krim dan mentega, mereka akan mendapat pembebasan. Jika orang dapat mengawal badan dan mindanya, dengan itu menghindarkan diri daripada memakan daging haiwan dan memakai produk haiwan, saya kata dia akan mendapat pembebasan.” Bhiksu bermaksud sami. ~ Kitab Surangama

Satu lagi: “Jika mana-mana anak murid saya tidak mempertimbangkan itu dan masih makan daging, kita harus tahu bahawa dia salah satu daripada keturunan candela. DIA BUKAN ANAK MURID SAYA dan saya bukan gurunya. Oleh itu, Mahamati, jika sesiapa berhasrat untuk menjadi saudara saya, DIA TIDAK HARUS MAKAN DAGING.” Candela bermaksud pembunuh. ~ Kitab Lankavatara

CAO ĐÀI-ISME

“Perkara yang paling penting adalah menghentikan pembunuhan kerana haiwan juga mempunyai roh dan pemahaman seperti manusia. JIKA KITA BUNUH DAN MAKAN MEREKA, KITA BERHUTANG DARAH KEPADA MEREKA.” ~ Ajaran Santo, Tentang Mematuhi Sepuluh Rukun – Menahan Diri daripada Membunuh, Bahagian 2

AGAMA KRISTIAN

“Daging untuk perut, dan perut untuk daging: tetapi Tuhan akan memusnahkan kedua-duanya.” ~ I Corinthians 6:13, Kitab Suci Bible

Satu lagi: “Sementara daging masih di antara gigi mereka, belum dikunyah, kemurkaan TUHAN telah dibangkitkan terhadap orang-orang itu dan TUHAN menghapuskan mereka dengan bencana yang sangat besar.” ~ Nombor 11:33, Kitab Suci Bible

KONFUSIANISME

“Semua orang tidak sampai hati melihat penderitaan orang lain. Orang superior, semasa melihat haiwan yang hidup, tidak sampai hati melihat mereka mati; apabila dengar raungan mereka ketika hampir mati, DIA TIDAK SAMPAI HATI MAKAN DAGING MEREKA.” ~ Mensius Raja Hui Negeri Liang, Bab 4

ĐẠO DỪA-ISME

“Supaya ada kedamaian, pertama sekali manusia mesti berdamai dengan haiwan, tidak membunuh mereka untuk menyara diri, maka akan ada kedamaian dalam kalangan orang.” ~ Tokong Nam Quoc Phat

ESSENISME

“Saya datang untuk menghentikan korban dan kenduri darah. Jika kamu TIDAK HENTIKAN TAWARAN SERTA PEMAKANAN DAGING DAN DARAH, kemurkaan Tuhan terhadap kamu takkan reda.” ~ Gospel Dua Belas Orang Suci

AGAMA HINDU

“Memandangkan kamu tidak dapat menghidupkan semula haiwan yang telah dibunuh, kamu bertanggungjawab ke atas pembunuhan mereka. Oleh itu, kamu akan pergi ke neraka; kamu takkan mendapat pembebasan.” ~ Adi-lila, Bab 17, ayat 159-165

Satu lagi: “Orang yang ingin menambahkan daging sendiri dengan makan daging haiwan akan hidup sengsara dalam apa-apa spesies pun dia dilahirkan.” ~ Mahabharata, Anu. 115.47. FS, muka surat 90

Satu lagi: “Wahai Raja-raja yang terbaik! Jika sesuatu yang diperoleh dengan mencederakan makhluk lain digunakan dalam perbuatan membawa tuah, ia mendatangkan kesan yang bertentangan pada waktu balasan.” ~ Devi Bhagavatam Buku Keempat, Bab 4, ayat 32

ISLAM

“Allah tidak kasihani sesiapa yang tidak mengasihani makhluk-Nya.” ~ Nabi Muhammad SAW Hadis

Satu lagi: “Jangan sama sekali biarkan perut anda menjadi kubur pada haiwan.” ~ Nabi Muhammad SAW Hadis

JAINISME

“Orang zahid sejati TIDAK HARUS MENERIMA MAKANAN DAN MINUMAN yang disediakan khas untuknya DENGAN MENYEMBELIH HAIWAN.” ~ Sutrakritanga

AGAMA YAHUDI

“Barang siapa yang menetap di Israel atau orang asing di sekeliling kamu yang makan sebarang darah*, SAYA AKAN BERPALING DARI ORANG YANG MAKAN DARAH* ITU dan tidak akan menganggapnya sebagai anak buah saya.” ~ Leviticus 17:10, Kitab Suci Bible *darah: bermakna ‘daging’ yang berdarah.

SIKHISME

“Orang yang mengambil ganja, daging dan arak, tidak kira apa pun ziarah, puasa dan upacara yang diamalkan, mereka semua akan pergi ke neraka.” ~ Guru Granth Sahib muka surat 1377

TAOISME

“Jangan pergi ke gunung untuk tangkap burung di dalam sarang atau ke kawasan perairan untuk meracun ikan dan udang. Jangan menyembelih kerbau.” ~ Jalan Senyap

AGAMA BUDDHA TIBET

“Menawari dewa dengan daging yang diperoleh daripada membunuh haiwan adalah seperti menawari seorang ibu dengan daging anaknya sendiri dan ini suatu dosa yang besar.” ~ Jalan Tertinggi Anak Murid: Rukun Guru-guru, Tiga Belas Dosa Besar, Guru Agung Gampopa

ZOROASTRIANISME

“Tumbuh-tumbuhan itu, Aku, Ahura Mazda (bermaksud Tuhan), melimpahi bumi untuk menyara orang yang beriman dan lembu yang pemurah.” ~ Avesta

Dan sebagainya. Ada lebih banyak lagi, dah tentu. Ini hanyalah beberapa contoh. Untuk maklumat lanjut, sila lihat SupremeMasterTV.com

Jadi tidak kira orang beragama apa, semuanya mesti mematuhi rukun yang paling penting: ‘Kamu tidak harus membunuh.’ Ahimsa. Tanpa keganasan.

Sekarang dah tiba masanya manusia kembali ke bagaimana pada asalnya Pencipta kita hendaki semua anak-Nya hidup – mempunyai maruah, rasa hormat, kedamaian, kasih sayang, dan menjadi pengawas baik kediaman Bumi kita. Ingatkanlah pengikut anda tentang semua ini dan banyak lagi. Saya tahu anda buat begitu tetapi buatlah secara berulang kali dan jelaskan kepada mereka bahawa ia sangat penting kepada roh mereka, planet kita, dunia kita. Dah tiba masanya penderitaan semua haiwan berakhir kerana mereka berhak untuk hidup tenang, bebas dan bermaruah bersama makhluk tersayang mereka dalam alam semula jadi, sebagaimana yang pada asalnya Tuhan hendaki.

Tolonglah menyelamatkan ciptaan Tuhan. Tolonglah mengakhiri penderitaan makhluk tak berdosa. Kita saling berperang dan berperang dengan haiwan. Ini tak betul. Perbuatan ini tak betul. Perbuatan ini bertentangan dengan rukun dan kehendak Tuhan. Ingatkanlah pengikut anda. Saya mempercayai kebijaksanaan para Ketua Agama Suci dan Pendeta yang disanjung untuk membimbing perubahan besar ini! Kita mesti ubah. Saya percayai para Ketua Agama Suci dan Pendeta yang disanjung membimbing perubahan besar ini, mempromosikan gaya hidup vegan yang mempunyai kasih sayang, belas kasihan dan rasa hormat terhadap semua makhluk dan mematuhi rukun Tuhan. Promosikanlah ini kepada semua paderi, biksu, biksuni dan semua pengikut. Kuasa kedudukan yang diamanahkan kpd anda akan memberikan galakan signifikan, berkesan kepada warga dunia untuk mengikut pimpinan anda. Jadilah ‘wira zaman kita’, selamatkan semua makhluk tak berdosa, penghuni bersama kita yang dipanggil haiwan ini, yang tak pernah membuat mudarat, yang memberkati dunia kita, yang menakjubkan, penyayang dan pemurah terhadap manusia serta haiwan lain yang merupakan penghuni bersama. Di Supreme Master Television kami, kami ada banyak contoh itu, contoh belas kasihan dan kemurahan haiwan yang dirakamkan dari seluruh dunia. Beritahulah pengikut anda supaya menyaksikannya. Kita tidak boleh mengharapkan Syurga sementara kita mewujudkan neraka atau membenarkan pembunuhan ciptaan tersayang Tuhan secara beramai-ramai dan kejam. Kita tidak boleh mengharapkan kelembutan Syurga jika kita memusnahkan ciptaan Tuhan dan tidak berbelas kasihan terhadap anak Tuhan yang lain, bermakna haiwan.

Janganlah abaikan kesusahan dahsyat mereka. Tuhan tahu penderitaan harian mereka. Syurga dan Bumi menyaksikan kesengsaraan mereka. Raungan mereka telah menggegarkan semua Syurga dan hati banyak makhluk. Bersuaralah untuk mereka, bantu mereka kerana ini juga membantu dunia kita pulih daripada perubahan iklim. Perbuatan mulia anda akan selama-lamanya direkodkan oleh Syurga dan menyumbang kepada suasana berbelas kasihan planet kita, keamanan dunia dan kestabilan iklim yang penting kpd semua hidupan di Bumi. Semua hidupan juga bergantung kepada perbuatan berbelas kasihan anda.

Warga dunia, haiwan dan kanak-kanak akan selama-lamanya ingat akan perbuatan berani, berbelas kasihan anda dan berdoa agar anda hidup bahagia, makmur, sihat, lama atas nama Tuhan. Syurga Berbelas Kasihan akan senang hati. Tuhan penyayang akan mengampunkan dosa kita dan melanjutkan hayat kita kerana kita menyelamatkan dan melanjutkan hayat penghuni bersama kita, haiwan yang penyayang, pemurah.

Semoga Tuhan rahmati anda, para Ketua Agama Suci dan Pendeta yang disanjung serta banyak memberikati misi suci anda dan semoga Tuhan rahmati dunia kita. Amin. Terima kasih. Dengan Kasih Sayang Tuhan, terima kasih.

Saksikan Lebih Banyak
...Dalam Agama  (24/24)
1
2024-11-29
1002 Tontonan
3
2021-03-19
10350 Tontonan
4
2021-12-08
7511 Tontonan
6
2022-01-22
5807 Tontonan
8
4:23
2019-11-06
8793 Tontonan
9
2022-01-07
5774 Tontonan
10
2021-04-28
19392 Tontonan
14
2019-10-30
10372 Tontonan
16
2019-04-22
9869 Tontonan
18
2018-07-27
7954 Tontonan
19
2020-06-04
13490 Tontonan
21
2017-11-30
8666 Tontonan
23
2018-01-21
6401 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android