Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Vegan – Diet Peguam – Bahagian 1

2025-01-10
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kita perlukan undang-undang yang lebih baik, lebih ketat untuk haiwan. […] Saya rasa kita ada hati dan minda yang diperlukan untuk berubah kepada sokongan yang meluas terhadap idea bahawa haiwan ialah individu. Saya percaya kita pasti akan capainya.

Kita perlukan ahli politik, hakim dan peguam yang berfikiran terbuka dari segi isu haiwan. Adanya peguam di peringkat kerajaan yang ambil berat tentang haiwan akan membuat perubahan besar.

Haiwan ialah orang yang wajar mendapat hak asasi. Mereka ialah makhluk berperasaan. Mereka wajar mendapat pengakuan dan perlindungan undang-undang.

Babi adalah sama dengan manusia. Kesalahan yang kita buat terhadap babi dalam menyebabkan penderitaan itu adalah sama beratnya dengan kesalahan yang kita wujudkan terhadap manusia yang menderita macam itu juga.

Ini bukan hanya soal lautan. Ini soal semua haiwan di Bumi ini. Disebabkan oleh perkaitan rapat semua hidupan di Bumi ini, jika haiwan mati, kita semua mati. Jika kita tidak mengawal ladang kilang ini dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, mungkin akan terlewat disebabkan oleh pencemaran, gas rumah hijau yang dilepaskan oleh mereka ke dalam alam sekitar, disebabkan oleh penyakit yang direbakkan oleh mereka.

Saya menjadi terlibat dalam hak asasi haiwan apabila saya ternampak gambar yang mengganggu saya. Jadi saya rasa perlu mendapat tahu lebih banyak. Saya mendapat tahu bagaimana lembu menjadi stik, bagaimana gajah menjadi penghibur sarkas dan bagaimana koyote menjadi kelim pada hud kot. Gambar itu tidak diberikan kepada kita. Mereka yang bertanggungjawab terhadapnya cuba sedaya upaya untuk sembunyikannya daripada kita.

Sebagai seorang vegan sepanjang hidup apabila sudah dewasa, saya cuba menguatkuasakan perlindungan undang-undang untuk haiwan yang sedikit dan mempertahankan hak aktivis yang bersuara untuk hak asasi haiwan.

Saya dedikasikan hidup saya kepada usaha mempertahankan haiwan untuk keadilan dan belas kasihan. Saya anggap usaha ini sebagai revolusi moral yang paling penting pada abad kita.

Lapan juta orang Amerika daripada lebih 300 juta hari ini adalah vegan atau vegetarian. Mereka semua sangat baik. Mereka ada kesihatan yang lebih baik, ada tenaga yang lebih banyak, ada sikap yang lebih baik. Saya rasa kita semakin nampak, atas sebab etika, pemakanan, alam sekitar dan sekarang ekonomi, adalah masuk akal untuk mengamalkan diet vegan.

Kira-kira 14 tahun yang lalu, saya menjadi vegetarian, kemudian peralihan saya kepada vegan. Ini sangat menguja kerana apabila saya menjadi vegan dan berasaskan tumbuhan, saya boleh terus menikmati budaya saya dan makanannya yang enak.

Seseorang yang memutuskan untuk mengubah cara hidup mereka kerana faham bahawa mereka tak perlu makan haiwan atau memakai haiwan, dan bahawa mereka boleh jalani kehidupan yang bahagia, sihat, ceria tanpa menyebabkan penderitaan makhluk lain, ialah suatu kemenangan.

Saya sentiasa seorang pencinta haiwan dan sentiasa ada banyak haiwan. Saya membesar sebagai seorang vegetarian pada mulanya. Saya tak pernah makan daging sepanjang hidup saya. […] Anda semua orang vegan yg penyayang, anda semua yang ambil berat tentang Alam Semesta, ambil berat tentang haiwan, ini begitu bererti bagi kami. Kami percaya langkah demi langkah, tiada tindakan adalah terlalu kecil, dan dengan bekerja bersama, kita dapat mengubah kesedaran kita, dapat mengubah kepercayaan orang dan dapat berusaha ke arah negara yang lebih berbelas kasihan.

Saya percaya kita akan berada di dunia di mana haiwan berhak suatu hari nanti. Saya menanti-nantikan dunia di mana kita tidak makan mereka, tidak menyeksa mereka, tidak gunakan, mengeksploitasi mereka, di mana kita biarkan mereka menjadi diri sebenar. Dunia vegan bebas kezaliman.

Dan senarai berterusan… Sila kunjungi SupremeMasterTV.com/VE untuk senarai kelab dan maklumat lanjut. Jadilah Vegan SEKARANG JUGA dan Sertai KELAB MULIA ini!
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android