Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Melepaskan Keistimewaan Besar di Syurga utk Berbakti kpd Umat Manusia, Bahagian 2 daripada 3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Pasti mengecewakan menjadi Santo tetapi tak tahu pun sama ada kamu benar-benar ialah itu. Asyik berfikir. “Adakah saya?” “Tidakkah saya?” “Mungkin Guru bergurau dengan saya. Esok, Dia akan tarik balik.” Tak mengapa. Kamu ialah Santo. Cuma kamu berbeza. Katakan kamu tidak amalkan Kaedah Quan Yin, dan amalkan sebarang kaedah yang lain, peringkat tertinggi yg dapat kamu capai, dah tentu, ialah Peringkat Ketiga. Kemudian kamu pergi ke seluruh Alam itu dan pelajari segala jenis perkara. Di alam Peringkat Ketiga, sangat menyeronokkan. Benda besar, hebat. Banyak kuasa ajaib. Orang yang cantik, berkuasa. […]

Tetapi oleh sebab kamu amalkan Kaedah ini, kita tak rasa nak pergi jauh ke dalam setiap alam. Kita hanya pergi terus ke Alam Kelima. Kemudian selepas kita pergi ke Alam Kelima, kita sentiasa boleh turun dan lihat mana-mana saja yang kita mahu. Itu lebih baik daripada merayau di kawasan itu dan tidak naik ke atas. Banyak daripada kamu tak tahu akan keindahan ajaib Alam Ketiga atau Alam Keempat. Itu tak mengapa juga. Jika kamu tahu akannya, mungkin kamu menaik dan tinggal di sana, tak nak keluar atau langsung tak nak pergi ke Alam Kelima pun kerana kamu berfikir, “Itu saja. Apa lagi yang aku mahukan?”

Orang yang berada di Alam Kedua pun sudah berfikir, “Itu saja. Apa lagi yang aku mahukan?” Jadi mereka keluar, menjadi guru, bercakap besar dan menundukkan semua orang dengan lidah mereka. Itu saja, mereka ‘kenali Tuhan’ kerana tempat itu dah sangat terang. Boleh kamu bayangkan merenung Matahari tengah hari bulan Jun, merenungnya sepanjang masa? Kamu tak dapat. Begitu terang macam itu. Seluruh alam terang macam itu, bukan hanya satu titik seperti Matahari pun. Jadi apabila kamu masuki jenis alam itu, kamu akan berfikir, “Ya Tuhan. Ini Tuhan.” Kamu rasa kamu bersatu dengan Tuhan. Kamu rasa kamu bersatu dengan kecerahan itu. Kemudian kamu rasa kamu ialah Tuhan. Kamu lahirkan sesuatu jenis sikap angkuh, macam kamu tahu akan segala-galanya, memahami segala-galanya, lebih baik daripada semua orang. Itu masalahnya. Sebab itulah banyak santo tak dapat melangkaui Alam Kedua.

Mereka di atas sana, kemudian asyik naik turun, naik turun. Mungkin Peringkat Astral, kemudian menaik lagi, Astral, menaik lagi. Kedua-duanya indah. Meskipun kamu di Peringkat Astral, sudah indah, indah. Jadi kita tak nak terperangkap dalam kemegahan macam ini, kemegahan sementara. Jadi Guru sentiasa menutup matamu dan bawa kamu ke atas. Itu paling baik supaya kamu pergi dengan cepat. Lagi tinggi lagi baik dulu. Kerana apabila kamu menaik lebih tinggi kamu sentiasa boleh turun ke bawah. Tapi apabila kamu berada di bawah, kamu tak dapat menaik tinggi. Itu masalahnya. Setelah kamu di Alam Kelima, kamu boleh pergi sejauh ke neraka jika mahu. Bukan semua orang boleh pergi ke neraka pada bila-bila saja mereka mahu. Tidak, itu suatu keistimewaan. Seluruh dunia adalah berbeza tetapi Santo tidak.

Bukan semua Santo boleh pergi ke neraka. Jika kamu ada Kuasa yang mencukupi, kamu boleh pergi ke sana. Orang di neraka sudah biasa dengannya, jadi... Apa? Hanya Santo bahagian tengah boleh pergi ke neraka, maksud saya melawat tanpa alami kesusahan. Makhluk Lebih Tinggi pun tak boleh turun ke sana. Lebih tinggi daripada Peringkat Kelima, kamu tak boleh turun ke bawah sana. Kamu bukan orang di sana. Kamu tak boleh. Ia berbeza sepenuhnya. Kamu tiada bahan untuk menampung. Mereka tak nak pergi ke sana juga. Mereka tak nak datang ke sini pun. Makhluk dari atas Peringkat Kelima tak pernah mahu turun ke bawah, mana-mana drpd lima peringkat di sini. Ya, apalagi pergi ke neraka. Buat apa? Mereka tak memikirkannya pun. Adakah Mereka bodoh atau sesuatu? Mereka tiada apa-apa yang lebih baik untuk dibuat? Pergi beli-belah di neraka untuk tulang, sisa minyak, arang batu, api atau apa? Mancis?

Ya, haloooo! Pernah awak pergi ke sana? Pernah awak pergi ke neraka, Eleganto? Ya atau tidak? Tidak. Siapa bodoh, pergi ke sana? Jadi kamu berada di peringkat yang serupa. Tak mengapa. Dia berjaya. Tapi teruskan utk tamatkannya. Okey? (Ya, Guru) Lebih baik memperkukuhnya. Macam mana pun, juga kerana sesetengah pengamal, minda mereka masih belum suci, jadi meskipun mereka pergi ke peringkat yg lebih tinggi, ini disebabkan oleh Berkat dan Restu Guru, menutup matamu dan mengikat kamu, masukkan kamu ke dalam but kereta, kemudian menarik zip, kemudian memandu melaluinya. Jadi kastam tak nampak apa-apa pun. “Oh, kereta kosong, okey, jalan!” Jika mereka buka but kereta, mereka akan buang kamu balik.

Tapi tak mengapa. Setelah kamu berada di sana, kamu pergi ke merata tempat. Tiada sesiapa yang tangkap kamu di mana-mana pun. Ini salah satu sebabnya kamu tak nampak banyak. Kamu tak berapa memahami alam yang kamu capai tapi tak mengapa. Asalkan roh kamu sudah bebas hingga ke peringkat itu, kamu akan baik-baik saja. Meskipun kamu mati esok, kamu bebas. Jika kamu berada di Peringkat Kedua, dah tentu kamu tetap bebas jika kamu diinisiasi oleh Guru yang baik. Kamu tetap bebas tetapi perlu berusaha lebih gigih, berusaha lebih lama. Mungkin kamu perlu kembali ke sini jika mahu. Kamu tak perlu. Kamu boleh berusaha dari sana, semakin menaik ke atas, tetapi kembali ke hidup manusia menaik dgn lebih cepat Sebab itulah banyak orang lebih suka kembali ke sini.

Makhluk Peringkat Ketiga pun kembali ke hidup manusia juga untuk mendapat beberapa darjah lebih cepat, kemudian menaik ke atas lepas itu. Seperti jika mereka sudah berada di Peringkat Ketiga dan gred rendah, mereka akan lahir semula dalam hidup manusia ke dalam keluarga yang telah diinisiasi, pergi dapatkan Guru atau sesuatu, cari dengan bersungguh-sungguh, kemudian berkhidmat dan beramal. Apabila mereka menaik ke Peringkat Ketiga, peringkat mereka menjadi lebih tinggi, dah tentu. Meskipun, contohnya, mereka di bahagian bawah Peringkat Ketiga, turun ke hidup manusia dan rajin beramal, mereka menaik ke tahap tinggi Peringkat Ketiga, sedia untuk pergi ke Peringkat Keempat. Kemudian jika mereka benar-benar baik dalamnya, selepas dilahirkan dalam hidup manusia, mereka mendapat pahala, kemudian mendapat bonus lima darjah tambahan. Jadi jika mereka sudah berada di tahap tinggi Peringkat Ketiga, apabila meninggal, mereka mendapat lima mata tambahan. Mereka melintasi sempadan. Itu bonus. Memang, prosesnya macam itu. (Wau!)

Jika kamu berada di Peringkat Ketiga sepanjang masa dan bekerja di sana sepanjang masa di alam Syurga, kamu tiada bonus lima mata ini, jadi kamu terus berusaha dgn lama utk menaik ke atas. Mendapat lima mata bonus taklah begitu senang. Ya Tuhan. Kamu tak faham. Ya, tak begitu senang. Setelah kamu berada di sini, kamu berusaha gigih utk menaik ke atas. Sebab itulah kamu mendapat bonus lima mata jika kamu turun ke sini, kerana sini seperti neraka. Ya Tuhan. Jadi sesiapa yang cukup berani untuk turun ke sini, kamu mendapat bonus lima mata, tidak kira apa yang kamu amalkan. Tetapi hanya jika kamu dari Peringkat Ketiga. Dari Peringkat Kedua, tidak, kamu perlu mengusahakannya, seperti orang biasa, bekerja dari pukul 8 hingga pukul 5. Tiada bonus, tiada komisen tambahan, apa-apa pun.

Tetapi dari Peringkat Ketiga ke atas, oleh sebab kamu sudah bebas, oleh sebab kamu ialah roh bebas tetapi memilih untuk turun ke bawah sini bagi tujuan melanjutkan makrifat, maka dah tentu, Tuhan akan berikan bonus lima mata kepada kamu. Kerana kamu orang baik, tidak malas, tidak tinggal di Syurga dan nikmatinya, dan perlahan, tetapi ingin jumpa Tuhan dengan lebih cepat – maka okey, okey. Atas sebab itu, kamu ada lima ‘dolar’ tambahan.

Jika kamu berada di Peringkat Keempat dan ingin cepat, jadi turun ke bawah sini untuk membantu manusia, malah menjadi apa-apa saja, menjadi orang-haiwan utk menenangkan manusia, menenangkan orang tua, atau menjadi manusia, buat perkara baik dan amalkan Kaedah Quan Yin, kemudian apabila kamu naik ke atas Syurga, kamu mendapat sepuluh mata. (Oh!) Ya, tambahan. Itu tambahan, di samping apa-apa saja yang sudah kamu peroleh di sini. Jadi meskipun kamu capai tahap tinggi atau mungkin pertengahan Peringkat Keempat, tetapi oleh sebab mendapat sepuluh mata tambahan, pada waktu meninggal, kamu akan pergi ke Peringkat Kelima. Faham tak ini? (Ya.)

Jika sesiapa dari Peringkat Kelima turun ke sini, 20 mata. (Wah!) Dah tentu, itu Makhluk yang lebih agung. Dia melepaskan keistimewaan besar untuk turun ke sini. Seperti mereka yang dilahirkan sebagai orang-lembu, berkhidmat kepada manusia, pengorbanan tanpa syarat macam itu. Mereka bukan turun ke sini kerana nak mendapat 20 mata. Mereka benar-benar nak bantu manusia. Jadi itu bagus. Mereka turun ke sini dan berkorban, kemudian apabila menaik ke atas Syurga, mereka menjadi 100 peratus. Nampak tak itu? Sebelumnya mereka hanya 80 peratus bermakrifat. Itu adalah minimum bagi Peringkat Kelima.

Saya hanya berkata secara perbandingan supaya kamu memahami peringkat-peringkat yang berlainan. Bukanlah mereka kira 20 peratus, dua peratus, tetapi macam itulah. Peringkat menaik sikit, 20 peratus. Jadi sebelumnya mereka 80 peratus, turun ke sini. Apabila mereka datang, meskipun tidak mengamalkan apa-apa pun – mereka ialah orang-lembu. Bagaimana? Bagaimana mereka amalkan Kaedah Quan Yin? Atau mereka mendapat 20 peratus dengan begitu saja. Jadi apabila menaik ke atas, mereka menjadi 100 peratus. Jadi jika mereka turun ke sini sekali lagi, mereka ialah Guru Sempurna. Guru Sempurna. Meskipun mereka tidak terpilih, mereka boleh memilih untuk turun ke sini dan ajar beberapa orang yang ada afiniti dengan mereka. Mereka memilih untuk turun ke sini, jadi kamu akan ada Guru di sana sini kadangkala.

Tetapi kebanyakan orang di Peringkat Kelima tak nak bersusah-susah lagi. Mereka dah cukup menahan sifat manusia. Kecuali benar-benar ada afiniti istimewa baru mereka rasa bersimpati dengan orang yang tertinggal di sini, orang yang baik terhadap mereka sebelumnya, jadi mereka turun ke sini dan hanya bawa beberapa orang itu sebagai bantuan Seperti mungkin dalam hidup manusia, kamu begitu baik terhadap orang-lembu. Meskipun kamu hanya beri makan dengan rumput dan makanan yang baik, kamu benar-benar penyayang terhadap orang-lembu. Mungkin apabila dia menaik ke atas, kemudian dia akan turun ke sini dan bawa kamu ke atas. Meskipun kamu tak banyak beramal, dia akan bimbing kamu kepada seorang Guru, atau dia akan turun ke sini, sendiri mengajar kamu dan bawa kamu ke atas sebanyak yang boleh hingga sana dgn perlahan-lahan, kemudian menaik ke Syurga, kemudian kamu menjadi bebas dulu, atau bawa kamu ke Peringkat Kelima, bergantung kpd berapa baiknya kamu, bagaimana kamu percaya kepada dia, seumpamanya. Jadi itulah prosesnya. Itulah prosesnya.

Jadi sekarang kamu sudah berada di Peringkat Ketiga atau Keempat. Katakan kamu meninggal esok, katakan kamu meninggal dan tidak puas dengan peringkatmu, kamu boleh turun ke sini semula. Itu percuma. Apabila kamu turun ke sini, walaupun peringkatmu menurun sikit, kamu takkan turun dengan terlalu lama. Kamu akan menaik ke atas dengan pantas sekali, kemudian kamu boleh memilih seorang Guru, kemudian kamu menaik lebih tinggi ke Peringkat Keempat atau malah Peringkat Kelima dalam hayat itu. Jadi lebih senang bagi kamu sekarang kerana kamu ialah Santo. Janganlah anggap ini sebagai ‘burung’ saja. Ini hanyalah suatu bentuk. Tetapi di Peringkat Ketiga, mereka sama seperti kita, atau Peringkat Kedua, peringkat lain, mereka seperti kita, lebih cantik, megah, Cahaya yang terang, halo di seluruh badan.

Dan yang ini. Dia sedang bermeditasi. Begitu manis, kamu boleh lihat mengapa Gentino sudah menaik ke atas Peringkat Keempat, sebelum dia. Dia ialah orang-burung pertama tetapi

Gentino menaik ke atas sebelum dia. Gentino naik ke atas seminggu yg lalu. Secara diam-diam, saya tak perasan pun. Kemudian kelmarin saya tanya dia, “Ah, oh! Awak dah menaik ke atas? Oh! Maaf, aku terlalu sibuk.” Saya tahu tetapi saya terlalu sibuk, berlalu di situ dengan begitu banyak perkara untuk dibuat.

Kamu pula, dua hari yang lalu lagi. Adakah kamu rasa selesa sekarang? (Ya, Guru.) Adakah kamu bermeditasi dengan baik? (Agak baik, ya. Bergelut dalam fikiran sikit buat masa ini.) Kamu bergelut dalam fikiran? (Hanya lebih kurang hari terakhir.) Ya? (Ya.) Mengapa kamu bergelut dalam fikiran? (Saya tak pasti.) Ya, kamu di sempadan saja. Itu sebabnya. (Betul.) Kamu masih berdiri di sana. “Haruskah aku menaik ke atas? Haruskah aku berada di sini?” “Apabila awak mendapat sesuatu, awak kehilangan sesuatu.” Itu fikiran, bergelut apabila kamu nak menaik ke peringkat yang lebih tinggi. Dia tahu habislah, “Ya Tuhan, aku kehilangan dia. Habislah. Aku tak boleh suruh dia buat apa yang aku mahu lagi. Aku tak boleh tolak dia ke peringkat yang lebih rendah di bawah untuk seronok-seronok lagi. Dia akan pergi dari sini… Oh, dia dah pergi dari sini!!”

Ya. Begitulah, huh, sayang? Ha-ha-ha… Ya. Katalah ‘Halooo!’ ‘Halooo!’ Katalah sesuatu. Cepat, sayang. Berilah keseronokan kepada kami. ‘Halooo!’ Oh, dia dapat nyanyi dengan merdu! Semasa dia kata, “Halo,” dia tidak hanya kata, “Halo.” Dia kata, “Halooo!” Macam itu. Saya bawa dia keluar kerana dia bernyanyi dan bercakap sepanjang masa, kemudian datang ke sini, berdiam macam itu. Hanya ketawa sikit. Itu saja. Itu saja yang awak ada? Ya Tuhan. Awak tak pernah ada audiens yang begitu besar sebelumnya, menakutkan sikit. Dia berasa teruja.

Photo Caption: Mungkin Kami Kelihatan Berbeza tetapi Kami Berasal drpd Tumbuhan yg Sama!

Muat turun Foto   

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android